in

“Takde hati perut!” – Ambil Anak Angkat Sebab Tak Boleh Mengandung, Lepas Tu ‘Buang’ Balik Sebab…

Buang Anak Twins

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas disahkan tidak subur, pasangan suami isteri Ali Sanders dan Michael membuat keputusan untuk mengambil anak angkat pada 2014. Menurut mStar, Ali dan Michael mengambil bayi kembar lelaki berusia lapan bulan sebagai anak angkat mereka.


Pasangan itu menghabiskan masa selama enam minggu untuk mengenali anak angkat mereka termasuklah membuat lawatan ke rumah jagaan, menghias bilik dan melakukan persiapan besar-besaran ketika mahu membawa bayi kembar itu pulang ke rumah.

Bilik Anak
gambar hiasan

Bagaimanapun, selepas itu Ali mengaku berasa sesuatu yang tidak kena sepanjang proses berkenaan dan menurutnya, dia tidak rasa naluri keibuannya. Tapi Ali melihat Michael sangat teruja dan memberikan sepenuh kasih sayang terhadap bayi tersebut. Bahkan seluruh keluarga berasa seronok kecuali dirinya.

Saya masih ingat ayah Michael bertemu mereka. Dia sangat gembira. Semua orang gembira, ibu bapa saya juga teruja.”

Twins1
gambar hiasan

Ali akui masih rasa kosong dan kaku meskipun hajatnya untuk mengambil anak angkat sudah tercakap dan bukan hanya seorang tetapi bayi kembar.

Rasanya seperti saya hanya berlakon dengan sesuatu yang tidak benar.”

Sehinggalah pada suatu hari, dia pergi berjumpa doktor dan tanpa disangka-sangka Ali disahkan hamil! Namun, apa yang mengejutkan adalah pasangan itu terus membuat keputusan untuk membatalkan pengambilan anak angkat.

Kedua-dua bayi lelaki itu kemudian dihantar pulang semula ke rumah jagaan mereka kerana menurut Ali dia percaya yang dia takkan dapat sayang bayi kembar itu selepas dapat tahu dirinya hamil.

Pregnant
gambar hiasan

Menurut laporan, Ali dan Michael tidak lagi dibenarkan berhubungan dengan bayi kembar terbabit dan syukur mereka telah diambil menjadi anak angkat kepada pasangan lain. Kata Ali,

Saya fikir ini melibatkan fizikal. Bagaimana saya tidak mampu bermesra dengan si kembar itu sama sekali di luar karakter saya. Saya fikir rasa bersalah itu takkan hilang selamanya, saya telah mengecewakan bayi-bayi itu.”

Kalau bayi tu dah besar sikit dan faham mesti mereka nangis waktu dipulangkan semula hmmm….

Baca: “Balik kerja nampak anak sudah tak bernyawa, muka kebiruan…”- Bayi Berusia 1 Bulan Mati Lemas Tertiarap, Bapa Nyenyak Tidur Di Ruang Tamu

Featured 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.