in

“Tengah bercinta, ta*k pun wangi” – Sebab Sayang, Lelaki Ni Sanggup Bersihkan Tahi GF Yang Tercirit Depan Public

Taiwan Girl Shits Her Pants Gentleman Boyfriend Helps To Clean It Up World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata orang dulu-dulu, tengah sayang, kentut pun bau wangi. Tapi, pasangan ini buktikan, bukan saja kentut, cinta mereka melebihi segala-galanya!



Baru-baru ini, seorang netizen kongsikan pengalaman memalukan ketika dia tercirit dekat tempat awam. Menurut WORLD OF BUZZ, budak perempuan berusia 19 tahun ini mengatakan yang dia keluar dengan teman lelakinya untuk makan makanan pedas sebelum dia sedar yang perutnya buat hal.

Disebabkan dia dah tak tahan sangat, gadis ini menyuruh teman lelakinya untuk bawa dia balik ke rumah sebab semua tandas awam di sana penuh.

Sebelum masuk ke kereta, gadis ini menarik seluarnya untuk adjust kedudukan, sekali dia sedar segala-galanya dah terlambat…

Screenshot 2019 08 16 At 10.36.03 Am
Sumber: teepr

Bila teman lelakinya tanya kenapa dia tak masuk dalam kereta, gadis ini dengan jujurnya jawab yang dia dah terberak dalam seluar, dan dia tak nak kotorkan kereta teman lelakinya ini.

Pun begitu, kekasih hatinya ini tak teragak-agak untuk bagi penyelesaian. Tanpa melengahkan masa, lelaki ini mengajak teman wanitanya untuk naik bas.

Sepanjang perjalanan, gadis ini hanya mampu berdiri dan meletakkan tangannya di punggung sepanjang masa. Tak berbau ke?

Screenshot 2019 08 16 At 10.36.32 Am
Sumber: teepr

Bila pasangan ini tiba di rumah, lelaki tersebut buka pintu untuk kekasihnya dan menolong gadis ini untuk bersihkan dirinya di dalam tandas.

Gadis ini menghalang teman lelakinya untuk membantu kerana takut baju lelaki ini kotor. Tapi lelaki ni tak mengalah, dia tak tinggalkan langsung teman wanitanya ini dan tolong untuk basuh baju yang dah kena tahi serta berikan baju bersih untuk dipakai.

Bila gadis ni minta maaf kerana menyusahkan, lelaki tersebut hanya berkata yang dia tak perlu risau, sebab semua orang pernah lalui benda macam ni. Lagipun, ia bukannya sesuatu yang kita boleh kawal.

Amboi sweetnya, sampai admin sendiri hampir tak percaya benda ni betul-betul jadi. Hahaha

 

Baca: Pelari China Tetap Habiskan Larian Maraton Walau Tercirit Dalam Seluar Dalam!

Screenshot 2019 08 16 At 10.42.01 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.