“Tak tersangkut ke kain?” – [VIDEO] Netizen Terkesima Tengok Pengantin Perempuan Ketuai Konvoi Kawasaki Pakai Sari!

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tak tersangkut ke kain?” – [VIDEO] Netizen Terkesima Tengok Pengantin Perempuan Ketuai Konvoi Kawasaki Pakai Sari!

Selalunya perempuan memang akan ada perkahwinan idaman sendiri. Sejak kecil, impian itu menjadi angan-angan dengan harapan ianya menjadi kenyataan apabila tiba masanya nanti. Biasanya most perempuan suka perkahwinan bertemakan fairy tale sebab nak jadi ‘Princess of The Day’ dan ada juga yang lebih minat kepada klasik dan tradisional, kan?

Tapi, lain sikit bagi seorang pengantin perempuan yang mendapat perhatian baru-baru ini. Selalunya bila ada konvoi waktu wedding akan melibatkan geng-geng pengantin lelaki betul?


Sebuah video viral di Facebook menunjukkan pengantin itu menyertai konvoi motosikal ke majlis perkahwinannya sendiri. Lebih wow lagi, pengantin itu tunggang sendiri motosikal Kawasaki dan mengetuai konvoi tersebut dengan memakai sari berwarna pink!

KonvoiSumber: Facebook

Menurut WOB, video tersebut telah dimuat naik pada 23 Februari baru-baru ini dan mendapat lebih 4,800 perkongsian di Facebook. Melalui video itu, pengantin perempuan berkenaan boleh dilihat lengkap berpakaian dan memakai perhiasan pengantin.

Lebih daripada 20 buah motosikal lain mengekorinya di belakang dan lebih menyeronokkan lagi, 5 orang bridesmaids pengantin tu tunggang motor sendiri juga (kecuali seorang bridesmaid, jadi pembonceng)!

BridesmaidsSumber: Facebook

Perkahwinan itu dilaporkan dilangsungkan di Singapura dan ramai netizen memberikan pelbagai reaksi terutamanya teruja serta terkesima tengok pengantin perempuan buat macam tu. Ada juga yang tertanya-tanya macam mana dia boleh tunggang motor dengan memakai sari yang berbalut di badan.

https://www.facebook.com/venga.das.7/videos/155847915871206

Baca: “Tempat tu dekat-dekat dengan Wuhan” – Baru Balik China, Pengantin Buat Livestream Dari Bilik Kuarantin Untuk Layan Tetamu

Couple Who Visited Wuhan Livestreams Themselves At Their Own Wedding From Quarantine Suite World Of Buzz

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tak tersangkut ke kain?” – [VIDEO] Netizen Terkesima Tengok Pengantin Perempuan Ketuai Konvoi Kawasaki Pakai Sari!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tak-tersangkut-ke-kain-video-netizen-terkesima-tengok-pengantin-perempuan-ketuai-konvoi-kawasaki-pakai-sari/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM