in

“Tak terkucil pun” – [Video] Waktu Nabila Razali Rehearsal Peluang Kedua, Ramai Netizen Bagi Moral Support

Nr4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu Nabila Razali dengan persembahan live lagu Peluang Kedua kembali timbul selepas menyaksikan persembahannya di Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke malam tadi.


Ia menjadi buah mulut dan topik utama netizen. Namun begitu ramai rakan artis yang memberikan moral support kepadanya. Malah, tersebar satu video sewaktu Nabila berlatih menyanyikan lagu tersebut dan tidak ada terkucil langsung.

 

Peluang Kedua – Live VS Rehearsal

Dalam video yang viral dari TikTok ini, biarpun masih ada netizen yang anggap ianya satu perkara lawak, masih ada warganet lain yang memberikan sokongan moral kepadanya.

Ramai netizen anggap bahawa Nabila mungkin terlalu banyak berlatih sebab gementar dan tak cukup rehat.

Image From Ios 1 2 Image From Ios 2 1 Image From Ios 6

Sebelum ini, Nabila ada muat naik satu perkongsian menerusi Instagram miliknya dengan membuat permohonan maaf kepada Hael Husaini selaku komposer lagu Peluang Kedua dengan mengatakan bahawa dia dah berikan yang terbaik.

Namun begitu, Hael menyatakan bahawa Nabila merupakan inspirasi buatnya dan mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana telah menyanyikan lagu tersebut.

Dalam pada itu, ramai rakan artis yang turut memberikan moral support menerusi ruangan komen.

 

Baca : “Eh apasal tu?” – Netizen Tersengih Dengar Nabila Razali Nyanyi ‘Live’ Sebab…

Nr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.