in

Tak Tahan Kena Leter, Anak Penggal Kepala Bapa

Kerat Bapaknya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu kecoh kes anak bunuh emak dan humban mayatnya dalam tangki najis, kali ini tragedi yang hampir sama juga berlaku ke atas seorang bapa lepas lelaki tersebut didapati mati akibat perbuatan anak.

Menurut Sinar Harian, mayat seorang warga emas ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kepala dan badannya terpisah dipercayai dipenggal guna parang panjang kat kediaman mangsa di Kampung Kanthan Baru, Chemor. Aduhai! 


Dpdy0X8Uyaahlas
sumber: twitter

 

Kepala ditanam, badan dicampak kat lubang pembentung

Mayat You Su Kim, 74, ni ditemui kat dua lokasi berbeza dengan jarak 12 meter. Kepala mangsa dijumpa tertanam kat belakang rumah, manakala tubuh badannya yang lain pulak dijumpai dicampak kat dalam lubang pembentungan rumah tu. Kejamnyaaaa! 

Susulan kejadian ni, pihak polis telah menahan anak lelaki mangsa yang berusia 52 tahun yang disyaki suspek utama kes ni.

Dpdy05Iu8Aa0J3M
sumber: twitter

 

Tak tahan kena marah dengan bapa sebab hisap ice

Menurut jiran mangsa, mereka ada dengar pergaduhan mangsa dan anak lelakinya pada malam semalam (8 Oktober). Pun begitu, suspek telah menunjukkan senjata parang panjang yang digunakan untuk mengerat tubuh mangsa.

“Senjata itu ditemui di sebuah bilik rumah terbabit dan terdapat kesan darah di dalamnya.

“Difahamkan, suspek telah beberapa kali dimarahi bapanya kerana menghisap ice (dadah) dalam rumah dan kita syak, dalam keadaan khayal suspek mengambil tindakan drastik membunuh bapanya,” kata Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman.

 

Kakak mangsa terkejut jumpa mayat bapa lumpuh

Sementara itu, kejadian ni sebenarnya disedari oleh anak perempuan mangsa yang dikenali sebagai Yong pada jam 9 pagi tadi. Dia telah menemui kesan darah di tilam, bantal dan dinding rumah tu.

Curiga dengan apa yang berlaku, dia minta bantuan jiran untuk mencari ayahnya sebelum kemudian dia jumpa kesan korek pada tanah di belakang rumah. Bapanya yang alami sakit tua dan lumpuh tu memang tinggal dengan adik lelakinya sejak beberapa tahun lalu.

“Sewaktu saya datang pagi tadi, pintu rumah tidak berkunci dan ada beberapa kesan darah, saya hubungi adik, tetapi dia maklumkan berada di luar,” katanya.

Image 2
sumber: kosmo!
Image 1
sumber: sinar harian

Kes ini masih disiasat dan unit forensik polis yang dibantu pasukan bomba berusaha keluarkan tubuh mangsa dari lubang pembentungan.

Allahu… kerana dadah manusia hilang pertimbangan!

Baca: [TERKINI] Suspek Mengaku Bunuh Ibu!

Mak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.