in

[TERKINI] Suspek Mengaku Bunuh Ibu!

Page 5 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas ditangkap sebentar tadi, nampaknya ada perkembangan terbaru dalam kes bunuh dan humban mayat ibu dalam tangki najis ni.


Menurut Harian Metro, difahamkan bahawa suspek dipercayai menusuk pisau di leher ibu kandungnya sebelum mengelar leher mangsa di rumah mereka di Jalan Sungai Burung, Balik Pulau.

L1
sumber: berita harian

Dia kemudian dikatakan menolak simen tangki kumbahan dan meletakkan mayat ibunya, Faridah Hashim, 63, ke dalam tangki terbabit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A. A. Anabalagan berkata, susulan kejadian, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di hadapan Pejabat Kesihatan daerah di Jalan Air Putih di Balik Pulau, jam 8.45 pagi.

Ju 1
sumber: facebook

Beliau berkata, ketika ditahan, suspek khayal dipercayai akibat menghidu petrol. Dalam satu kenyataan media, beliau berkata,

“Siasatan awal mendapati, suspek mengakui membunuh ibunya selepas kedua-duanya bertengkar di dapur rumah mereka.”

Tambah beliau, suspek dijangka direman di Mahkamah Majistret Balik Pulau, 8 pagi esok bagi membantu siasatan mengikut Selsyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ni dilaporkan misteri kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu terbongkar selepas mayatnya dijumpai dalam tangki najis oleh menantunya.

L2
sumber: harian metro

Mangsa dipercayai dibunuh anak kandung sendiri pada Rabu lalu sebelum mayat disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka.

Allahuakbar, bertengkar pasal apalah sampai tergamak bunuh mak sendiri.

Baca: [TERKINI] Suspek Bunuh Ibu Ditangkap

Page 3 11 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.