in

Tak Setuju Haramkan Kahwin Bawah Umur – Pemimpin PAS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kisah lelaki berusia 41 tahun berkahwin dengan budak perempuan berusia 11 tahun yang berlaku di Gua Musang tular, isu perkahwinan bawah umur rancak dibincangkan seluruh rakyat Malaysia.


Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa memaklumkan bahawa garis panduan lebih ketat akan dirangka membabitkan isu perkahwinan bawah umur yang berlaku di negara kita.

Menurut Malaysiakini, Mujahid menyatakan bahawa standard operasi piawai (SOP) untuk memperketat peruntukan berkaitan perkahwinan kanak-kanak ni satu langkah jangka pendek sebab kerajaan cenderung untuk mengharamkan terus perkahwinan kanak-kanak ni.

Sumber: Berita Harian

“Ini hanya langkah sementara, langkah jangka panjang lebih penting. Kita patut sampai kepada pengharaman perkahwinan kanak-kanak.”

Disebabkan hal ni, khabarnya ada pemimpin PAS yang tak puas hati dan berpendapat usaha kerajaan untuk haramkan terus perkahwinan melibatkan kanak-kanak bawah had umur adalah bertentangan dengan Islam.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bahawa dia secara peribadinya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Sumber: Blog

“Kalau mengharamkan terus (perkahwinan melibatkan kanak-kanak) saya sebenarnya tidak bersetuju, sebab dari segi agama ia tak salah, tapi kita boleh mengawal.”

“Kita sudah ada undang-undang, mana-mana perkahwinan bawah umur perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri. Kita kuat kuasa undang-undang itu sajalah,” kata Amar yang ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu.

Sumber: Malaysiakini

Amar yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor dan Timbalan Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa dalam agama Islam perkara itu tidak boleh diharamkan.

“Perkara yang dibolehkan agama mengapa kita nak haramkan. Tetapi kalau mengawal itu bagus, takut orang ambil kesempatan.”

Korang rasa perkahwinan kanak-kanak ni wajar diharamkan ke tak? Share sikit dengan admin kat ruangan komen.

Baca: Ustazah Sokong Perkahwinan Budak 11 Tahun?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.