in

Ustazah Sokong Perkahwinan Budak 11 Tahun?

Gelisia 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh satu Malaysia bila imam 41 tahun kahwin dengan budak perempuan yang umurnya baru 11 tahun. Ramai yang tak puas hati dengan perkahwinan ni apatah lagi bila budak perempuan tu dan ibu bapa dia dikatakan setuju dengan penyatuan dua jiwa yang tidak sah di sisi undang-undang ni.


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menentang perkahwinan kanak-kanak dan bimbang jika hal ni membawa kepada permasalahan pedofilia. Menurut WORLD OF BUZZ, pihak SUHAKAM memaklumkan bahawa perkahwinan kanak-kanak tidak patut dibenarkan dan sebarang amalan dalam agama tak boleh digunakan untuk menggantikan hak kanak-kanak.

11 Year Old Girl Married To A 41 Year Old Man World Of Buzz 6 E1530498037506
sumber: wob

Pun begitu, salah seorang daripada tujuh pesuruhjaya SUHAKAM didakwa membuat satu kenyataan yang membenarkan dan menyokong perkahwinan budak berumur 11 tahun itu. Biar betul ni?

“Kalau isteri umur 11 tahun pun tak apa. Ada banyak lagi keadaan yang membolehkan kita ikut sunnah, bukan hanya sebab kamu seorang lelaki!” kata pesuruhjaya yang dikenali sebagai Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Saleh itu.

Menurut Salida, seorang lelaki yang layak berkahwin mestilah berilmu, sihat, beragama, ada kerjaya dan bertanggungjawab terhadap isteri dan anak.

“Perkahwinan adalah penyatuan seorang lelaki dan wanita untuk membina sebuah rumah tangga mengikut Quran dan Sunnah, bukannya ikut kehendak nafsu.”

Maxresdefault 1 E1530498024208
sumber: wob

“Ia bukan tanpa sebab tapi kena tengok sama ada tujuan perkahwinan tu boleh dipenuhi – tiada penyeksaan atau penindasan terhadap mana-mana pihak, suami dan isteri jalankan tanggungjawab masing-masing, jalankan suruhan Allah, tinggalkan larangan-Nya, tak membahayakan masyarakat dan tak menimbulkan fitnah pada agama.”

Lepas entri Salida yang kini sudah dipadam menjadi tular, Profesor Madya di Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia itu tampil memberikan penjelasan dan menafikan yang dia menyokong perkahwinan kanak-kanak.

Msia Human Rights Commissioner Its Fine To Marry An 11 Year Old Girl World Of Buzz E1530500910356
sumber: wob

Salida menjelaskan bahawa kata-katanya telah disalah erti dan membuat kenyataan yang dia hanya mahu menegaskan bahawa umur bukanlah satu-satunya faktor yang perlu diambil kira dalam perkahwinan kalau nak ikut sunnah.

Katanya jika pengantin tu umur 20 atau 30 tahun sekalipun, itu tidak akan membuatkan perkahwinan tu sah sebab ada banyak lagi perkara lain yang perlu dipenuhi.

“Untuk orang perempuan, kena pastikan jika sesuatu berlaku dalam rumah tangga dan perkahwinan, kamu boleh survive. Itu tak bermaksud tidak mengapa nak kahwin pada usia 11 tahun.” 

Msia Human Rights Commissioner Its Fine To Marry An 11 Year Old Girl World Of Buzz 2 E1530500896761
sumber: wob

“Saya sebagai seorang pesuruhjaya SUHAKAM jelas berpendapat kanak-kanak perempuan 11, 12, 13, 14 bahkan 18 tahun sekalipun tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang bertanggungjawab,” kata Nik Salida lagi.

Oooh macam tu rupanya. Dengar dulu penjelasan Ustazah betul-betul, jangan dengar separuh jalan je.

Baca: Hubungan Terlarang Antara Pengarah Sekolah Dengan Pelajar 14 Tahun Buat Orang Ramai Marah

Sekolah Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.