in

TAK SERIK! Wuhan Kembali Buka Lokasi Pelancongan, Ramai Pengunjung Bersesak & Tak Ikut SOP

Dikatakan sebagai lokasi pertama penyebaran wabak maut Covid-19, Wuhan kini kembali membuka ratusan destinasi pelancongan mereka.

Lebih mengecewakan apabila lokasi-lokasi ini bebas dikunjungi tanpa ada amalan langkah pencegahan Covid-19 seperti yang disarankan kerajaan.

Pihak Berkuasa Tempatan Wuhan menyatakan bahawa lokasi tumpuan meningkat berkali ganda dalam sehari susulan langkah diambil kira-kira 400 destinasi pelancongan yang menghapuskan bayaran tiket masuk.

Di Yellow Crane Tower misalnya, merekodkan seramai 12,000 pengunjung iaitu tiga kali ganda jumlah pengunjung harian normal.

Bukan itu sahaja, ribuan pelancong dilaporkan berkumpul di Akuarium Besar Wuhan, meskipun Covid-19 semakin meningkat di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

 

Sumber : Remaja, dailystar.co.uk

 

Harap tak ada lah peningkatan kes secara mendadak!

Baca : BERITA BAIK! Rusia Berjaya Hasilkan Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia