in

BERITA BAIK! Rusia Berjaya Hasilkan Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia

Gambar Hiasan 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya ada berita baik buat seluruh dunia apabila Rusia telah berjaya menghasilkan vaksin yang pertama didunia untuk Covid-19. Namun apa yang lebih menarik lagi, Rusia bakal menamakan vaksin itu  sebagai ‘Sputnik V’ untuk pasaran luar negara.


Menurut sumber, nama berkenaan merujuk kepada era perang dingin dimana Sputnik adalah nama satelit pertama di dunia yang dibina Rusia ketika perang angkasa lepas dengan Amerika Syarikat. Rusia dikatakan menganggap pencapaian dalam menghasilkan vaksin COVID-19 pertama di dunia sebagai satu kejayaan besar dan bukti kemajuan ilmu sains negaranya.

1 8

Kirill Dmitriev, Ketua Dana Pelaburan Rusia berkata, setakat ini pihaknya sudahpun menerima pesanan lebih daripada 20 buah negara membabitkan 1 bilion dos vaksin. Beliau berkata demikian sebaik sahaja Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan kelulusan terhadap vaksin tersebut lapor sumber.

Malah, anak perempuan Putin dilaporkan antara individu terawal menerima suntikan vaksin tersebut.

Rusia turut dilaporkan merancang untuk membuat pengeluaran secara besar-besaran bermula September ini dan penggunaan ke atas penduduk negara itu akan dilakukan bermula Oktober.

Baca: Pakar Italy Dakwa Virus Covid-19 Semakin Lemah Kita Tak Perlukan Vaksin?

2 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.