Tak Senonoh! Lelaki Mengamuk Lepas Ditegur Buang Air Besar Dekat Tempat Wuduk Surau Awam

Tambah ke Sumber Pilihan
Tak Senonoh! Lelaki Mengamuk Lepas Ditegur Buang Air Besar Dekat Tempat Wuduk Surau Awam

Sudah banyak tandas awam yang disediakan oleh kerajaan di merata-rata tempat, tapi ada juga segelintir manusia yang memilih untuk membuang air besar dan air kecil di tempat yang tidak sepatutnya.

Inilah yang terjadi baru-baru ini, apabila tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang didakwa tidak siuman telah membuang air besar di tempat wuduk sebuah surau awam.

Mengamuk bila ditegur 

Menerusi video yang tular itu, lelaki yang didakwa melakukan perbuatan jijik itu dilihat mengamuk selepas tindakannya membuang air besar ditegur perakam video.

Mereka juga dilihat saling berkejaran di dalam dan luar sebuah premis makanan sehinggalah pelaku bertindak di luar kawalan dengan membaling sebuah kerusi ke arah perakam sambil disaksikan orang awam di restoran.

Kejadian itu juga dipercayai berlaku di sebuah surau dekat Shah Alam, Selangor.

Buang Air Besar

Seorang lelaki (kurang siuman) menyerang seorang penjawat awam, kes berlaku di Shah Alam,” tulis deskripsi video itu.

Artikel berkaitan: Guru Ini Dipuji Ramai Selepas Jaga Murid Tahun 1 yang Terbuang Air Besar Dalam Seluar

Artikel berkaitan: Jijik! Bilik Wanita Ini Penuh Sampah, Selalu Banjir Di Koridor Sebab Saluran Air Tersumbat

Pun begitu, menerusi satu lagi perkongsian di TikTok, pemilik video menjelaskan bahawa rakaman tersebut bukanlah content semata-mata dan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

Bukan sekadar content! Kejadian berlaku di Shah Alam pada 25 Oktober 2023. Hari ini pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

“Demi keselesaan penduduk di kawasan sekitar. Syabas pihak Majlis Bandaraya Shah Alam kerana mengambil tindakan pantas,” kata pemilik video.

Sehingga setakat ini belum ada penjelasan rasmi dari pihak MBSA serta pihak polis berhubung kejadian itu. Harapnya kejadian ini tidak berulang lagi.

Sumber: mStar, TikTok 1, 2

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tak Senonoh! Lelaki Mengamuk Lepas Ditegur Buang Air Besar Dekat Tempat Wuduk Surau Awam
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tak-senonoh-lelaki-mengamuk-lepas-ditegur-buang-air-besar-dekat-tempat-wuduk-surau-awam/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM