in

Tak Selesa Dengan ‘Jiran’, Wanita Ingin Jual Rumah Dengan Harga Serendah RM295

F2 Grave Yd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan setiap orang mengimpikan kediaman yang luas, cantik dan yang paling penting, pemandangan mesti lah menarik dan menenangkan. Baru lah rumahku syurgaku kan.


Namun, seorang wanita di Indonesia ini pula dikatakan mahu menjual rumahnya dengan harga yang agak murah sebab tak selesa hidup berjiran. Menurut Suara.com, video tentang keinginan tuan rumah untuk menjual tempat tinggalnya itu viral setelah dikongsikan oleh akaun TikTok bro_tempe baru-baru ini.

@bro_tempe

di jual nih rumah..murah ???#MerdekaCatetRibet #fyp

♬ suara asli – BRO_TEMPE – BRO_TEMPE

Difahamkan, rumah yang dicat dengan warna biru dan hijau itu mahu dijual dengan harga satu juta rupiah (kira-kira RM295 setelah ditukar kepada Ringgit Malaysia).

Dapat dilihat dalam video tersebut bahawa seorang lelaki datang ke rumah itu dan bertanya kenapa harga yang dijual begitu murah sedangkan keadaan rumah itu masih baik.

Grave Yd 4

Wanita itu pula menjelaskan dia tak selesa dengan jiran-jirannya.

Saya cuma tak selesa dengan jiran-jiran saya,” katanya.

Namun, setelah lelaki tu tengok ‘rumah’ jiran wanita itu, rupa-rupanya kediaman jirannya itu ialah kediaman abadi manusia iaitu kawasan perkuburan! Kalau macam ni, min pun dah lama pindah. 

Grave Yd 2

Video itu kemudiannya viral di TikTok setelah ditonton sebanyak 6.2 juta kali oleh netizen yang rata-ratanya turut seram tatkala membayangkan kalau mereka harus tinggal di rumah yang berdekatan dengan kawasan perkuburan.

Namun, menerusi tinjauan kami di ruangan komen video tersebut, ada yang berpendapat rumah tersebut bukanlah kediaman sesiapa sebaliknya merupakan tempat simpanan keranda dan kelengkapan lain yang diperlukan untuk urusan pengebumian jenazah di tanah perkuburan itu. Make sense jugak tu, mungkin orang yang buat video ni pun saja nak bergurau kot. 

Photo 2021 08 15 12 31 42

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen lain dilihat tetap terhibur dengan jokes lelaki tersebut.

Photo 2021 08 15 12 31 44

Sumber: Suara.com, TikTok @bro_tempe

Baca: “Dah biasa dah”- [VIDEO] Pernah Cabut Batu Nisan Jadikan ‘Baby’, Lelaki Cerita Pengalaman Tinggal Bersebelahan Tanah Kubur

Grave Yd 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.