Hati mana tak luluh bila mak bertanya soalan macam ni. Sebagai seorang anak, kita akan cuba penuhi segala permintaan mak kita. Lagipun bukan wang ringgit yang diminta tapi cuma perhatian dari anak-anak mereka.
Kalau korang, apa yang korang sanggup buat demi mak? Senang je sebenarnya nak gembirakan mak kita ni. Antaranya bertanya khabar dan datang melawat mereka sekerap yang boleh lagi-lagi kalau yang tak tinggal bersama tu. Betul tak?
Risau dan rindu bila tinggal jauh dari mak. Betul tak?
Siapa yang tak risau bila duduk jauh dari mak kan? Sama jugaklah macam keluarga Tok Mah ni. Dulu masa dorang duduk berasingan risaunya dorang dekat dia. Tapi korang kena tengok sekarang betapa gembiranya Tok Mah bila semuanya dah berubah untuk raya tahun ni. Apa yang berubah ye?
Sanggup tak tinggal sebumbung?
Kalau nak tinggal sebumbung dengan mak pun ada cabarannya yang tersendiri apatah lagi kalau tinggal sekali dengan family ramai-ramai lagi lahh! Tapi, keluarga Tok Mah yang ada 4 generasi ni sanggup tau tinggal sama-sama dalam satu rumah.
Memanglah Tok Mah ni strict sikit dalam hal mendidik anak, cucu dan cicitnya tapi hati dia baik. Kalau nak tau, dulu Tok Mah siap mengambil adik beradiknya untuk tinggal bersama serta menjaga mereka sama macam anak sendiri.
Sifat kasih sayang yang ditonjolkan Tok Mah ini menjadi inspirasi kepada anak-anaknya untuk tinggal bersama dan menjaga ibu mereka yang sudah berusia itu.
Boleh ke tinggal sekali?
Setiap orang ada kerenah masing-masing dan setiap hari macam suasana raya dekat rumah mereka sekeluarga. Meriah! Lagi-lagi dengan pakcik-pakcik yang sekepala, makcik pulak layan macam anak sendiri. Siapa tak nak kan? Tapi adalah cabarannya bak kata cucu Tok Mah,
“Ada gaduh-gaduh, tiba-tiba barang hilang…”
Tapi tips paling utama nak tinggal ramai-ramai ni ialah sabar. Setuju tak? Sedangkan tinggal dengan adik beradik kita je kadang dah annoying.
Meriah macam tiap-tiap hari raya!
Dengan tuntutan kerja, memang tak dapat dinafikan keluarga sekarang jarang dapat duduk semeja untuk makan. Kalau nak berkumpul sesama satu family dengan atok, nenek, pakcik, makcik dan sedara mara kena tunggu ada perayaan dulu. Tapi keluarga Tok Mah tak payah tunggu sebab memang dah happening tiap-tiap hari.
Raya tahun ni adalah permulaan mereka menyambut Aidilfitri bersama di dalam rumah yang sama di Avens Residence, Southville. Kira tercapailah impian mereka nak duduk sebumbung. Tengok macam mana havocnya family dorang!
Keakraban keluarga membawa rezeki
Betullah orang kata kalau kita gembirakan hati mak kita dan gembirakan keluarga, rezeki akan bertambah. Macam family Tok Mah ni, rezeki melimpah ruah tau bila tinggal sekali. Hajat mereka untuk raya tahun ni sedikit sebanyak dapat ditunaikan oleh Mah Sing.
Apa kata korang tonton video ‘4 Generasi, 1 Bumbung‘ tentang keluarga Tok Mah yang meraikan raya mereka tahun ini dengan hati baru, jiwa baru dan rumah yang baru!
Ever wonder how 4 generations managed to stay under one roof? This family from Avens Residence made it happen. Watch the real life story of Tok Mah's family, a family that finally gets to celebrate their Raya under one roof.
Posted by Mah Sing Group on Monday, June 18, 2018
So, korang ingat ye, tak kira bagaimana keadaan sesebuah institusi kekeluargaan itu, keutuhan kasih sayang sesama ahli keluarga perlulah dikekalkan. Kerana, at the end of the day, kasih sayang itulah yang paling penting untuk mengeratkan hubungan kita semua.