Viral di Twitter apabila ada individu kongsikan keratan video dirinya ditemuramah oleh pihak wartawan ketika sedang berjalan-jalan di pusat membeli belah ketika raya pertama.
Semua sedia maklum bahawa kita kini sedang berada di dalam fasa PKPB dimana rakyat digalakkan untuk kurangkan berada di tempat orang ramai bagi memutuskan rantaian Covid-19.
Disebabkan itulah video lelaki ini viral dan ada yang kecam kerana dianggap cuba ambil kesempatan diwaktu raya.
Tindakan kau jalan2 tu macam dah merdeka dari covid.”
Baru-baru ini ada seorang pemuda menjadi responden untuk satu liputan berita pada hari kedua. Ketika itu dia sedang mencari tempat untuk makan di pusat membeli belah tersebut, ketika ditanya oleh pihak polis dan wartawan, rakaman itu menunjukkan bahawa individu berkenaan hanya ‘beraya’ di mall tersebut.
Dia kemudiannya kongsikan video itu di laman Twitter miliknya dan kini viral sehingga meraih 35.6K jumlah retweets di media sosial tersebut.
https://twitter.com/captyz/status/1265159834107645952
Dalam video tersebut dapat dilihat salah seorang rakannya tidak memakai pelitup muka, ini penjelasannya.
Bagaimanapun perkongsian itu telah mendatangkan rasa kurang senang segelintir pihak atas tindakannya yang keluar rumah tanpa sebab semasa PKPB biarpun di musim perayaan.
Ada juga yang berpendapat bahawa mall itu dibuka untuk keperluan kita sahaja untuk membeli barang, bukan boleh berjalan-jalan sesuka hati.
Namun begitu, majoriti anggap bahawa tak ada salah pun tindakan mereka ini, ramai juga yang menepis dan menentang dengan pendapat daripada individu yang mengecam mereka ini.
Apa funcion SOP kalau takde pengamal – Netizen
Kalau diperhatikan, dalam video itu polis cuma memberikan peringatan dan nasihat untuk jaga jarak, bukannya tahan mereka malah mereka juga mematuhi arahan yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka.
Jadi, tak perlulah kita nak salah mereka juga sepertimana yang dikatakan dalam salah satu komen diatas, inilah yang dikatakan NEW NORMAL.