in

Tak Salah Kan Kami Bela Anijing?

Page Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan merupakan perkara yang asing bagi umat Islam. Tapi lain pula dengan pasangan suami isteri Melayu ni yang bertindak membela haiwan ini.

Menurut Berita Harian, pemilik dusun durian di Kampung Lingai, Tepoh, Ismail Tawang, 71, membela sekumpulan anjing kerana jasa haiwan itu yang telah menyelamatkan nyawanya.


“Kumpulan anjing ini pernah menyelamatkan saya daripada diserang beruk, justeru jasa semua anjing ini sangat besar kepada saya dan keluarga.”

I
sumber: berita harian

Menurut WORLD OF BUZZ, bukan sekadar beruk, banyak lagi haiwan lain yang menjadi ancaman buat Ismail dan isterinya, Zalina Abas, 45, ketika menjalankan aktiviti di dusun durian mereka.

“Saya masih ingat detik cemas ketika diterkam beruk bertaring di dalam dusun. Mujur anjing ini terlebih dahulu menyerang beruk itu sehingga berlaku pergelutan yang menyebabkan beruk itu akhirnya mati.”

Hqdefault
gambar hiasan

Zalina memberitahu mereka pernah kerugian lebih RM100,000 apabila durian bergred dan pelbagai peralatan kebun termasuk mesin air, gergaji rantai dan baja mereka dicuri.

“Selepas membela lapan anjing, masalah kecurian tidak berlaku lagi. Kami pelihara anjing bukan untuk keseronokan seperti membela kucing, tetapi sebagai pengawal di dusun durian dan ladang kelapa sawit seluas 12 hektar.”

Selain itu, mereka juga menjelaskan semua anjing yang dipelihara dan diberi nama Lily, Mimi, Kurus, Merah, Panjang, Beja, Kancil dan Bobo itu manja dengannya tetapi bukanlah bermakna mereka memeluk dan membelai tetapi cukup sekadar memberi makanan dan merawat apabila sakit atau tercedera.

B
sumber: berita harian

Kagum dengan sifat semulajadi anjing yang setia, pasangan ini tidak kisah dengan tanggapan orang sekeliling kerana mereka menjaga haiwan berkenaan mengikut garis panduan yang ditetapkan agama.

Sementara itu, Imam Masjid Tengku Tengah Zaharah, Ahmad Ridhwan Radzi berkata dalam Islam memelihara anjing bagi tujuan menjaga harta benda termasuk dusun buah-buahan tidak dilarang dan dibolehkan kerana bersebab.

Walau bagaimanapun, katanya lagi, pemilik anjing yang beragama Islam perlu mengikuti adab tertentu seperti tidak terlalu terbuka bermain atau menyentuh anjing tanpa tujuan supaya ia tidak mengundang fitnah dalam kalangan masyarakat.

Takpe, dia bela atas sebab untuk jaga keselamatan.

Baca: “May God bless you for your kindness” – Gadis ‘Pelihara’ Anjing Dipuji Netizen

Nur 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.