in

“Tak pernah period & gagal mengandung” – ‘Wanita’ Ini Baru Tahu Dia Seorang Lelaki Lepas 25 Tahun

Tak Pernah Period Gagal Mengandung Wanita Ini Baru Tahu Dia Seorang Lelaki Lepas 25 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kunjungan ke hospital untuk merawat buku lali yang terseliuh berubah menjadi masalah krisis identiti buat seorang wanita berusia 25 tahun selepas dia mendapat tahu yang dia sebenarnya adalah seorang lelaki.

Insiden mengejutkan dan mengelirukan itu dilapor berlaku di daerah Zheijiang, Timur China melibatkan seorang wanita yang dikenali sebagai Pingping, lapor Global Times.


Buku Lali Terseliuh E1615608966959
Gambar hiasan

Difahamkan, Pingping telah datang ke First Affiliated Hospital of Zhejiang University School of Medicine untuk merawat buku lalinya yang terseliuh.

Walau bagaimanapun, selepas menjalani beberapa pemeriksaan, pihak hospital mendedahkan Pingping mempunyai kromosom Y sekali gus memberi maksud bahawa Pingping merupakan seorang lelaki dari segi biologi.

Chromosome E1615609099109

Selain itu, pemeriksaan sama turut mendedahkan Pingping tidak mempunyai uterus atau ovari. Dia juga mempunyai alat kelamin wanita ‘yang belum matang’.

Doktor yang merawat Pingping juga berkata beliau gagal mengesan testis tersembunyi di dalam tubuhnya. Doktor terbabit kemudiannya mencadangkan bahawa terdapat kemungkinan testis terbabit telah ‘mengecut’.

Pingping akhirnya didiagnosis dengan ‘congenital disease’ yang mungkin disebabkan perkahwinan ibu bapanya yang berlaku sesama saudara-mara.

Marriage Wayfinder Blog Featured Image E1615609193350
Gambar hiasan

Sepanjang 25 tahun, Pingping menjalani hidupnya sebagai seorang wanita. Malah, dia juga dilapor sudah berkahwin pada tahun lalu tetapi gagal memperoleh cahaya mata.

Susulan itu, Pingping telah dinasihati doktor untuk merujuk pakar psikologi bagi menentukan hala tuju kehidupannya.

Sumber: Global Times

Baca: “The power of makeup” – Cantik Persis Watak Anime, ‘Cosplayer’ Ini Sebenarnya Lelaki Berusia 30 Tahun

Feature 4 1 E1615608658110

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.