in

“Tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja” – Sharnaaz, Nabila SAH Cerai

Nabila Sharnaaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bercerai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Julai lepas, lapor Harian Metro.

Ketika dihubungi wartawan, kakak kepada Neelofa itu sendiri mengesahkan perkara tersebut dan berkata ianya adalah keputusan dengan hati terbuka.


Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT.”

Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai.”

Cerai5

Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden.  Itu yang paling penting. Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InshaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya.”

Meskipun telah bercerai, Nabila berkata dia tidak bermusuh dengan bekas suami sebaliknya selalu bertukar pendapat dan masih kekal berkawan. Nabila juga menyifatkan Sharnaaz seorang ayah yang baik kepada anak tunggal mereka setiap kali dia datang melawat Jayden.

Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusuh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.”

Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya. Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu.”

Cerai3

Cerai2

Sharnaaz seorang ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luangkan masa dengan Jayden. Itupun sudah buat saya sangat gembira. Yelah siapa lagi  nak sayang anak kita betul-betul kalau bukan kami berdua.”

Nabila dan Sharnaaz disatukan pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel dekat Petaling Jaya dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal memasuki usia 2 tahun pada Ogos ini.

Baca: “Uish Nabila derhaka ke?” – Sharnaaz Failkan Permohonan Nusyuz, Mahu Cuba Selesai Dengan Cara Baik

Sharnaaz Nusyuz

Sumber: Blog
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.