in

‘Error’ Banyak Kali Masa Order Makanan, Budak Umur 7 Tahun Terkejut Bila 42 Rider FoodPanda Sampai Depan Rumah

Order5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambungan internet yang perlahan sesungguhnya sebuah bala bagi pesanan makanan. Internet slow kadang membuatkan pelanggan keliru mengenai status order mereka apabila paparan mengatakan error lalu ditekan order kembali sehingga berjaya. Makanan sampai tahu-tahu double order.


Min rasa perkara ni sudah pun berlaku pada kebanyakan pelanggan yang biasa menggunakan khidmat delivery tapi apa yang terjadi pada budak 7 tahun di Filipina ini sungguh kesian…

 

Pesan hanya satu tapi 42 ‘rider’ sampai depan rumah

Difahamkan, budak perempuan tersebut tinggal bersama nenek mereka sementara ibu bapanya keluar bekerja. Budak itu juga sudah biasa menggunakan khidmat delivery yang diajar sendiri oleh ibu bapa mereka.

Pada Rabu lepas, budak itu seperti biasa memesan makanan namun kebetulan hari tersebut line internet mereka perlahan.

Paparan pesanan mereka asyik diakhiri dengan error jadi budak tersebut tekan hingga pesanan berjaya sekali…

Alangkah terkejutnya dia apabila pesanan sampai, berduyun rider Food Panda sudah di hadapan rumah!

Order

Laluan sempit di Barangay Mabolo, dekat sini, dipenuhi penghantar makanan gara-gara kesilapan aplikasi itu. – Harian Metro

Jiran kanak-kanak terbabit, Dann Kayne Suarez telah memuat naik insiden tersebut lalu menjadi viral di portal-portal media.

Menerusi posting tersebut, dia menjelaskan bahawa budak itu hanya ingin memesan dua kotak ayam untuk dirinya dan neneknya tapi tak perasan ter double order.

Pesanan filet ayam dengan nasi serta kentang goreng sepatutnya berharga 189 peso (RM15.89) kini terpaksa dibayar 7,938 peso (RM671) untuk 42 pesanan.

Jiran ciliknya itu dilihat ketakutan dan menangis sebaik melihat kedatangan pesanan sebegitu banyak berikutan tiada wang untuk membayarnya.

Bagaimanapun, jiran tetangga kanak-kanak itu berhasrat membeli filet ayam itu termasuk Dann yang kemudian memuat naik gambar dan video di sosial media.

Boleh lihat videonya di sini.

Namun, tidak semua filet ayam itu dibeli, sesetengahnya terpaksa dipulangkan kembali ke restoran.

Alamak, kalau orang dewasa pun boleh terkena, apatah lagi budak kecil macam ni. Kesian dia.

 

Baca : “Berderau jantung!” – Wanita Panik Anak Saudara Order Makanan Guna Apps Harga Lebih RM1800!

Order6

Sumber: asiaone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.