in

Tak Payah Bayar! Semua Saman AES Sejak 2012 Dibatalkan!

20170521 Aes 01 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wah, betul ke tak kena bayar ni?


Berita baik ni untuk yang masih tak bayar saman tertunggak! Menurut Berita Harian, semua 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) membabitkan nilai RM435 juta yang belum dibayar sejak sistem itu dilaksanakan pada 2012 dah dibatalkan! Wow!

Sistem berkenaan katanya akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 September ini. Ini disebabkan oleh keputusan kerajaan untuk tidak lagi menyambung kontrak dengan dua syarikat konsesi yang mengendalikan sistem tu.

20170521 Aes 01
sumber: the malay mail

Hal itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

“Mulai 1 September ini, operasi kamera, mengambil gambar dan mengeluarkan saman AES semuanya akan dilakukan JPJ.”

“Kerajaan juga berkorban untuk tidak mengutip saman yang belum berbayar dan ini akan dilaksanakan secara one-off.”

Maknanya yang tak bayar lagi saman tu dah tak kena bayar sebab saman korang dah dibatalkan! Tapi mesti ada yang curious kalau yang dah bayar macam mana pulak? Bagi yang dah bayar, Anthony menerangkan bahawa bayaran balik tidak akan dibuat sebab kerajaan tidak mampu untuk buat bayaran balik.

Dadda
sumber: the malaysian insight

Selain tu, kerajaan bersetuju nak bayar balik RM555 juta daripada Tabung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) secara berperingkat, yang diguna kerajaan terdahulu bagi membayar pengambilalihan dua syarikat konsesi AES.

Kerajaan juga setuju untuk menangguhkan pelaksanaan Sistem eCall yang sepatutnya wajib dipasang pada kereta baru bermula Julai 2019.

Seronok lah tu kan tak payah bayar saman tertunggak!

Baca: Bukan Kereta Je, Motor Pun Boleh Kena ‘Clamp’ Tau!

Dakaskjdd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.