in

“Lupa #Benderaputih ” – Wanita Sidai Kain Lap Luar Rumah, Terkejut Orang Bagi Salam Tanya ‘Nak Bantuan?’

Fi Kain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni, kempen #Benderaputih semakin hangat diperkatakan di media-media sosial. Ianya bertujuan untuk membantu sesiapa yang betul-betul berdepan kesusahan akibat terkesan kerana pandemik kini.



Ramai yang terpaksa meletakkan bendera putih di depan rumah mereka, dan syukur banyak pihak yang menyalurkan bantuan. Namun pengalaman ‘bendera putih’ seorang wanita ini pula, cukup pelik dan agak lucu.

 

Jemur kain lap putih, orang ingat minta bantuan

Beberapa hari lalu, sebuah kisah ‘lucu’ dilalui oleh seorang wanita dikenali sebagai Annie Sait dan dikongsikan olehnya di dalam group Lupa Apa Hari Ini di Facebook.

Menurut Annie, dia ketika itu baru saja menyidai kain lap yang selalu digunakan di jendela rumahnya. Sampai satu ketika, tiba-tiba dia terdengar suara orang bagi salam di luar rumahnya hingga dia menyangka itu ialah rider penghantar barang.

Kain 1

“Baru 40 minit aku sidai ne kain lap d jendela tiba² ada jiran bagi salam depan jendela pelik aku ingat runner ka atau budak² jnt hantar brg atau collect brg sdgkn pagi tadi suda dtg …

“tp aku heran ppuan bagi salam anggap jak la sisku jual kek”

 

Tanya ‘nak bantuan’, lupa kempen bendera putih

Ketika dia buka pintu rumahnya, Anne dapati ada wanita depan rumah dan bertanya jika Anne perlukan apa-apa bantuan. Anne nyata bingung dengan pertanyaan wanita itu, dan barulah dia sedar pasal kempen bendera putih yang tengah jadi bualan hangat sekarang ni.

Anne yang menulis dengan dialek Sabah, turut memohon maaf jika tindakan dia itu mengelirukan orang ramai. Namun dia tetap bersyukur, kerana mempunyai jiran yang sangat peka dan prihatin kepada isu semasa.

Oleh kerana tak mahu makin ramai keliru, dia memilih untuk sidai kain lap tersebut di dapurnya saja.

“Sekali nya dia tanya ok ka jg sis apa perlu bantuan Ya Allah terharu nya …. sis sorry saya jemur kain lap sis lupa plak pasal kempen kibarkan bendera putih tu terbaikkk ba jiran² ku d syg kmu ne tQ sbb prihatin ….

“nda pa la aku jemur d dapur la ne risau kita nnt ramai lagi yg bagi salam torbaiiiikkk semua…. abaikan warna nya ya bgtu laitu klu color kain lap segala minyak d dapur

“Prihatin ba rakyat malaysia ne” tulisnya lagi.

Alahai tersalah anggap rupanya, tapi memang prihatin betul rakyat Malaysia ni. Respect betul min!

 

Baca : “Dia tak suka tindakan kami&” – Penduduk Dakwa Ada Individu Suruh Turunkan Bendera Putih, Polis Pahang Beri Penjelasan

Turunkan Bendera Putih

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.