in

Tak Pasal-pasal Bengkok Tulang Belakang Sebab Ni…

Spi6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang bila main handphone mesti nak duduk baring santai-santai kan? Tapi tau tak cara korang baring tu sebenarnya boleh bagi kesan buruk dekat diri sendiri.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang gadis berusia 16 tahun dari Kaohsiung, Taiwan mengadu sakit belakang dan tanpa berlengah terus dibawa oleh ibunya ke hospital untuk check up.

Selepas pemeriksaan lanjut oleh pakar ortopedik, keputusan x-ray tulang belakangnya ternyata sangat memeranjatkan kedua-dua beranak tersebut.

Spi4
sumber: wob

Rupanya tulang belakang gadis tu mempunyai 50 darjah lengkungan! Doktor menjelaskan bahawa masalah tersebut mungkin berpunca daripada tabiat pesakit yang suka bermain handphone sambil baring mengiring. Serius la??

Posisi tersebut memberi tekanan yang berlebihan pada sisi kanan, terutamanya pada lumbar vetebrae dan thoracic vetebrae gadis tersebut. Alahaii…

Sebab yang membuatkan keadaan gadis ini lebih teruk adalah kerana dia malas bersenam, so otot teras dalam badan dia tak mampu menampung postur badan gadis tersebut untuk masa yang lama!

Spi2
sumber: wob

Lebih memeranjatkan, doktor ortopedik tu memberitahu bahawa kes ni bukanlah yang pertama tentang masalah postur. Ada pesakitnya sebelum ini mempunyai 38 darjah lengkungan pada tulang belakangnya. Jangan buat main-main!

Kes ini disebabkan oleh pesakit tersebut yang kerap menundukkan kepalanya untuk bermain handphone. Doktor ini bertegas supaya orang ramai memastikan mereka mempunyai postur yang betul semasa bermain dengan handphone.

Mesti tak seronokkan kalau ada masalah kesihatan sebab korang leka main handphone? Hat-hati lah ye! 

Baca: Cas Handphone Semasa Tidur, Remaja 14 Tahun Mati Terkena Renjatan Elektrik

Spi5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.