in

“Tak Nak” – Kunjungan Presiden Israel Ditolak Korea Selatan

Korea Israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya hubungan diplomatik antara Tel Aviv dan Seoul berada dalam keadaan kurang baik apabila Korea Selatan enggan menerima kunjungan rasmi Presiden Israel, Reuven Rivlin ke negara itu.


Ia dipercayai akibat tindakan Tel Aviv yang kerap menolak perjanjian keselamatan penting kedua-dua negara di mana Israel gagal memberi kontrak kepada syarikat Hyundai untuk membina kapal bagi menjaga platform penggerudian gas asli di luar pesisir negara berkenaan.

Sebaliknya, perjanjian itu diberikan kepada sebuah syarikat di Jerman.

Reuven Rivlins
sumber: huffington post

Namun tiada penjelasan sebenar berhubung perkara itu dicatatkan.

Menurut laporan, kunjungan Presiden itu sebenarnya dijadualkan berlangsung sama ada tahun ini atau 2019.

Koreas Summit
sumber: new york times

Selain daripada itu, ia juga dipercayai berpunca daripada Israel yang dikatakan enggan mengucapkan tahniah untuk pertemuan julung kalinya antara Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di satu sidang kemuncak April lalu.

Walaupun begitu, laporan ini berkata pegawai atasan Israel menegaskan hubungan negara itu dengan Korea Selatan kekal utuh.

Tahun lepas, Korea Selatan juga memilih untuk menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis atau Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Kecewa betul nampaknya Korea Selatan. Kawan dengan Malaysia sajalah. Saranghae!

Baca: “Petanda besar akhir zaman..” – Trump Iktiraf Baitulmaqdis Sebagai Ibu Kota Israel

Trump

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.