in

“Tak masuk akal langsung!” – Netizen Terkejut Harga Nasi Kandar Mencecah RM36!

Nasi Kandar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua tahu bahawa Nasi Kandar merupakan antara tarikan utama pelancong ke Pulau Pinang. Sesiapa sahaja yang makan angin di sana, pasti akan mencuba makanan ini yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tetapi baru-baru ini tular pula tentang harganya yang terlalu mahal. Pulak dahhh!


Pada hari Khamis yang lepas, ‘kecoh’ di media sosial tentang seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan harga untuk sepinggan Nasi Kandar yang terlalu cekik darah. Dia telah berkongsikan gambar di Facebook sebagai bukti dan tanda protes dengan harga tersebut.

A
sumber: wob

Melalui perkongsian itu, tidak dinyatakan pula lauk apa yang diambil bersama tetapi netizen rata-ratanya memaklumkan bahawa lauknya adalah daging kambing. Fuhh sedap tuu.. Tetapi kalau diikutkan logiknya, harga bagi lauk seperti itu sememangnya mahal. Hmm daging kambing kann!

Turut dikongsikan gambar resit, memaparkan harga keseluruhan bagi sepinggan Nasi Kandar sahaja bersama air suam dan setelah dicampurkan dengan GST ialah RM38.90. Mak aihhh! Mesti terkejut masa nak bayar tuu! Difahamkan, kedai makan ini merupakan antara restoran Nasi Kandar yang popular di Pulau Pinang.

B
sumber: wob

Rata-rata netizen juga terkejut dengan harga bagi sepinggan Nasi Kandar itu kerana harganya yang terlalu mahal. Tetapi ada juga netizen yang menganggap harga itu sebenarnya murah. Hmm ikut kemampuan masing-masing lah sebenarnya kan?

“Dengan harga macam tu, saya boleh dapat lamb chop dekat restoran mahal. Harga dia tak masuk akal langsung!” kata netizen.

“Nasi Kandar memang mahal. Dengan daging kambing yang besar macam tu. Kalau awak nak makanan murah, then awak boleh masak sendiri kat rumah”

Ya benar, memang harga bagi daging kambing lebih mahal daripada daging ayam, tetapi untuk harga sepinggan Nasi Kandar sampai boleh mencecah RM36.50 seperti tidak berbaloi kan? Takpelah, lepas ni sebelum nak pergi makan tu survey dulu harga dia ehh..

Baca: “Rajin-rajinkanlah check balik resit” – Wanita Terkejut Dicaj Ratusan Ringgit Lepas Beli Ikan Bilis!

Ikan Blur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.