in

Tak Mampu Bayar Denda RM45 Juta Kepada Johnny Depp, Peguam Dedah Amber Heard Dah Pokai?

Amber Heard Pokai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Oh no, absolutely not.”

Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam Amber Heard apabila disoal sama ada aktres terbabit mampu atau tidak untuk membayar denda selepas kalah kes saman fitnah terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.


Pendedahan peguam Elaine Bredehoft yang mewakili Heard ini sekali gus mengesahkan dakwaan akhbar The Washington Post yang sebelum ini pernah mendakwa aktres yang membintangi filem Aquaman itu sudah muflis.

16541210909021 e1654306893467

Dalam satu temubual bersama NBC, Bredehoft menjelaskan, bayaran guaman yang tinggi, perbelanjaan mewah dan kehilangan beberapa kontrak duta produk adalah antara sebab Heard mengalami masalah kewangan.

Antara produk yang telah menarik semula kontrak bersama Heard adalah jenama kosmetik popular, L’oreal.

124934681 gettyimages 1240916583 e1654306810687

Amber Heard difahamkan sedang dalam proses membuat rayuan bagi membantah keputusan juri yang berpihak kepada Johnny Depp.

Kata Bredehoft lagi, keputusan juri ini seolah menyampaikan mesej buruk terhadap layanan wanita yang mendakwa menjadi mangsa penderaan domestik. Beliau juga mendakwa ada bukti yang tidak digunakan menyebabkan kekalahan pihak mereka dalam kes terbabit.

amber heard johnny split e1654306978746

Sebelum ini, pada 2 Jun lalu, juri telah memberikan kemenangan kepada selebriti, Johnny Depp dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard. Pelakon yang pernah membintangi francais filem Pirates of The Caribbean itu telah menulis panjang di laman sosial Instagram miliknya mengenai kemenangan terbabit.

Sumber: New York Post

Baca: Ini Luahan Johnny Depp Lepas Menang Kes Saman Fitnah Terhadap Amber Heard

collage 5 e1654305292751

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.