in

Ini Luahan Johnny Depp Lepas Menang Kes Saman Fitnah Terhadap Amber Heard

Collage 5 E1654305292751

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jam tiga pagi tadi waktu Malaysia, barisan juri telah membuat keputusan untuk memberikan kemenangan ke atas Johnny Depp di atas saman fitnah terhadap bekas isterinya Amber Heard.


Johnny Depp telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas isterinya atas penulisan yang dibuat di kolum Washington Post dengan menuntut ganti rugi sebanyak $50 juta (RM218 juta).

Barisan juri bersetuju bahawa Johnny Depp patut menerima ganti rugi sebanyak $15 juta (RM66 juta) manakala Amber yang membuat saman balas selepas peguam bekas suaminya memanggil tuduhannya palsu pula akan menerima $2 juta (RM8.7 juta) ganti rugi.

124834670 Gettyimages 1240769529

“Juri bagi saya kehidupan semula”

Johnny yang tidak hadir ke mahkamah ketika keputusan dibacakan telah mengeluarkan kenyataan di Instagram mengenai kemenangannya ini.

Menurut Johnny, enam tahun lalu kehidupan dia, anak-anaknya serta orang yang rapat dan percaya dengannya telah berubah selama-lamanya dalam sekelip mata.

Enam tahun kemudian, juri berikan kehidupan saya semula. Saya merasa sangat rendah diri dengan keputusan ini.

“Keputusan saya untuk teruskan kes ini selepas berfikir masak-masak walaupun tahu cabaran yang saya akan lalui serta kehidupan yang akan dipersembahkan kepada orang awam.

Dari awal, niat saya untuk meneruskan kes ini hanyalah untuk dedahkan kebenaran walau apa pun keputusannya. Bercakap perkara yang benar adalah sesuatu yang saya buat untuk anak-anak saya dan orang yang menyokong saya.”

“Kecewa tak terkata”

Manakala Amber Heard juga turut meluahkan kekecewaannya terhadap keputusan yang diterima dengan mengatakan segala bukti yang ditunjukkan sepanjang perbicaraan tak dapat menandingi kuasa yang dimiliki oleh bekas suaminya.

Amber Heard.jpg

Kekecewaan yang saya rasakan harini memang tak terkata. Saya kecewa bila banyak bukti yang diberikan pun masih tak cukup untuk menandingi kuasa dan pengaruh yang dimiliki oleh bekas suami saya.

Saya lebih kecewa kerana keputusan ini menunjukkan wanita yang bercakap secara terbuka akan dimalukan dan dihina.

Saya sedih saya kalah kes ini. Saya lagi sedih bila saya telah hilang hak saya sebagai seorang warganegara Amerika untuk bercakap secara bebas dan terbuka.”

Sebelum ini, dalam rakaman suara yang tersebar, Amber Heard pernah mencabar Johnny Depp untuk memberitahu satu dunia bahawa dia adalah mangsa penderaan rumahtangga dan mendakwa tiada orang akan percaya dengannya.

Selesai pun akhirnya kes ni… Korang sokong siapa?

 

Baca: Kate Moss Nafi Ditolak & Disepak Johnny Depp Sampai Jatuh Tangga Seperti Didakwa Amber Heard

Collage 26

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.