in

Baru 3 Hari Nikah, Pengantin Baharu Direman Kes Tanam Janin Tepi Rumah

Tanam Janin Tepi Rumah Pengantin Baharu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja menikmati fasa indah sebagai pengantin baru tiga hari lepas, seorang wanita kini terpaksa berbaju lokap ungu selepas ditahan pihak polis.

Wanita berusia 30 tahun itu direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan mayat janin berusia lima bulan yang ditanam di tepi sebuah rumah di Kuala Krai, Kelantan dua tahun lalu.


Difahamkan, wanita yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu itu telah menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai jam 10.30 malam semalam.

Screenshot 2026 08 17 162735

Bekas suami turut direman

Bukan itu sahaja, polis turut menahan bekas suami wanita berkenaan yang berumur 32 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan.

Kes terbongkar apabila polis menerima laporan mengenai penemuan janin berusia lima bulan yang ditanam di tepi sebuah rumah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Batu Mengkebang, dalam kejadian dipercayai berlaku pada 2024.

Artikel berkaitan: Lelaki P*kul Isteri Sehingga Keguguran Mengaku Tanam Janin Di Alor Setar

Artikel berkaitan: Remaja Lelaki Tanam Bayi Baru Lahir Untuk Sembunyikan Hubungan Terlarang Dengan Kakak Tiri

Siasatan awal mendapati janin berkenaan hasil hubungan sulit wanita itu bersama teman lelakinya selepas bercerai.

Perbuatan itu terbongkar selepas berlaku perselisihan faham antara wanita itu dan bekas suaminya, sehingga menyebabkan lelaki terbabit bertindak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa.

Kini, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.