in

“Tak kesian dkt bapak ke?” – [VIDEO] Bapa Menangis Sembang Dengan Anak Terkandas di Sekolah Pondok, Netizen Nangis Sekali

Ft Tiktok 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik Covid-19 ini telah menyebabkan ramai yang terpisah dengan keluarga masing-masing. Hanya mesej, call dan video call sajalah dapat mengubat rindu dengan ahli keluarga yang jauh di mata.


Namun bagi seorang bapa dari Indonesia ini, meskipun panggilan telefon dapat ubat rasa rindu namun kesedihan yang dipendam akhirnya tidak dapat disimpan lagi.

Video lelaki itu menghubungi dan berbual dengan anaknya di telefon viral sejak dimuat naik di TikTok semalam. Hanya dalam masa 1 hari saja, video itu telah mendapat 3 juta tontonan dan menyentuh hati ramai penonton.

Rendy3

Melalui video tersebut, bapa bernama Rendy itu sedang bercakap dengan anaknya yang terkandas di pesantren disebabkan Covid-19. Tidak dinyatakan sudah berapa lama mereka tidak bersua namun moment Rendy berbual dengan anaknya dalam nada sebak itu membuatkan ramai netizen tersentuh.

Boleh dilihat Rendy sedang menahan dan mengelap air matanya saat bersembang dengan anaknya di mana dia bertanya bila anaknya ingin pulang.

Kapan pulangnya dari pesantren?”

Masih Corona pak,” jawab anaknya

Rendy6

Dia juga sempat bertanya jika anaknya sudah makan dan belajar sebelum mengakhiri perbualan mereka. Sebelum talian dimatikan, mereka berbalas ciuman dan Rendy yang pada awalnya menahan air mata akhirnya menangis saat anaknya berpesan,

Hati-hati pak. Jangan nangis terus.”

@ren97590303099

hnx mampu tuk menerima kenyataan dlm hdp ini, sambil mencari alamatx..

♬ original sound – rendy.w – rendy.w

Melalui TikTok, Rendy memang sering merakamkan moment dia menghubungi dan berbual dengan anaknya di telefon. Rendy sering dilihat menangis dan menahan sedih setiap kali bersembang dengan anaknya itu.

Ramai netizen yang turut bersedih dan sebak lepas tonton video perbualan dua beranak itu di TikTok. Malah, ada yang berkata ianya mengingatkan mereka terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia. Mereka turut cuba menenangkan Rendy dan berpesan agar dia terus bersabar.

Selalunya orang kata bapa tidak pandai tunjuk kasih sayang berbanding ibu. Namun kata mereka tangisan Rendy itu adalah bukti kasih sayang seorang bapa kepada anak yang lama terpisah.

Komen Rendy

Comel je perbualan anak beranak ni. Buat yang terpisah dari keluarga disebabkan Coivd-19, harap terus kuat dan bersabar…

Baca: “Tak tahu masih hidup atau mati” – Terpisah 22 Tahun, Gadis Indonesia Cari Ayah Warganegara Korea di TikTok

Negri Ginseng

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.