in

“Tak jadi nak sedih”- [VIDEO] Kelakar! Lelaki Nak Bertakbir Raya Tapi Tersasul Baca Doa Iftitah

Yvb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

DIsebabkan raya kali ini terpaksa berjauhan dengan keluarga sebab tak boleh rentas daerah dan negeri, ramai yang mula sebak dan syahdu bila dengar takbir raya. Teringat mak ayah dekat kampung. Memang meleleh air mata tak cukup tisu.


Tapi, baru-baru ini ada satu laungan takbir raya yang confirm takkan buat korang sedih, mungkin siap boleh gelak terbaring-baring. Lain macam ek gelak dengar takbir raya. 

 

Boleh pula dia tersasul

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok yang dimuat naik oleh Farhan Hasnan pada 8 Mei lepas yang mendapat lebih 3 juta tontonan dengan hampir 400 ribu likes, video tersebut menunjukkan seorang lelaki berbaju melayu hijau sedang khusyuk membacakan takbir raya. Fuh, dengar takbir raya pun nak menangis dah ni.

@farhanhasnan

#LoveMumsSmile #DefineFreshChallenge

♬ original sound – Farhan Hasnan – Farhan Hasnan

Tengah syok dengar takbir raya, tiba-tiba lelaki tersebut tersasul baca doa iftitah pula. Dia terus gelak sampai terbaring bila sedar yang dia tersalah baca. Boleh pula dia ni tersasul eh.

Kejadian tersebut buatkan orang sekelilingnya turut terhibur dan gelak sama-sama bila dengar dia tersasul baca doa lain. Dari sedih terus rasa nak tergelak.

 

Tak jadi nak sedih

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki berbaju melayu hijau itu. Ada yang komen cakap sudah feeling-feeling sedih dengar takbir sebab tak dapat balik raya, sekali tersasul pula.

Bukan itu sahaja, ada juga yang puji suara pemuda itu cukup merdu melaungkan takbir raya walaupun tersasul baca doa iftitah.

Photo6109160709192526733

Photo6109160709192526732

Nasib baik la tu record je, kalau live, boleh tahan malu jugak tu.

 

Sumber: Farhan Hasnan

Baca:[TERKINI] Solat Sunat Aidilfitri Di Kawasan PKP, PKPP & PKPB Dibenarkan 

Capture 38

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.