in

[TERKINI] Solat Sunat Aidilfitri Di Kawasan PKP, PKPP & PKPB Dibenarkan

Solat Sunat Aidilfitri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Takbir raya di masjid atau surau dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP dibenarkan namun mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.


Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media PKP hari ini menegaskan bahawa laungan takbir raya itu bagaimanapun tidak dibenarkan untuk dilakukan dari rumah ke rumah.

Malah, untuk solat sunat Aidilfitri juga dibenarkan di masjid dan surau di kawasan PKP, PKPP dan PKPB mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Namun begitu, sebarang jamuan hari raya di tempat ibadat selepas solat sunat Aidilfitri hanya dibenarkan di kawasan PKPB & PKPP sahaja.

 

Baca : [TERKINI] 6 Daerah Di Selangor Dikenakan PKP Mulai 6 Mei

Is

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.