in ,

Tak Ikut SOP, 16 Ahli Keluarga Di Bahrain Dijangkiti Covid Gara-gara Buka Puasa Beramai-ramai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kerajaan umumkan yang kita boleh ziarah raya sesama negeri, ini tak bermakna korang perlu abaikan SOP.


Contohnya, kalau pergi rumah orang tu tak payahlah nak salam atau cium pipi kalau korang tak nak apa yang berlaku di Bahrain ni terjadi dekat korang…

Pada hari Ahad lepas, Menteri Kesihatan Bahrain memberitahu, 16 orang dari ahli keluarga yang sama telah dijangkiti Covid-19 lepas dorang buka puasa beramai-ramai, lapor Gulf News.

Dikatakan, dorang semua dijangkiti wabak ini lepas gagal mematuhi peraturan keselamatan termasuk mengelak pengumpulan beramai-ramai, memakai topeng muka dan penjarakan sosial.

Orang yang membawa penyakit ini telah menjangkiti semua ahli keluaga yang hadir termasuk ibu bapa, adik beradik dan beberapa kanak-kanak.

Bahrain baru saja melonggarkan sekatan di negara ini dengan memberi kebenaran untuk kedai-kedai dan kilang perindustrian untuk beroperasi.

Careful korang!

 

Baca: TERKINI: SOP Hanya 17 Pelajar Dibenarkan Dalam Satu Kelas Bila Sekolah Dibuka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.