“Tak elok perut budak tu” – [VIDEO] Bapa Ajar Anak Kecil Makan Pedas Undang Teguran Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tak elok perut budak tu” – [VIDEO] Bapa Ajar Anak Kecil Makan Pedas Undang Teguran Netizen

Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai adat dan budaya serta masyarakat yang berbilang bangsa hidup dalam harmoni, ini juga bermaksud Malaysia mempunyai pelbagai juadah yang berlainan.

Namun, pasti ramai yang tahu mengenai makanan di Malaysia yang kaya dengan rempah ratus dan rasanya yang pedas. Tapi korang ingat tak pada umur berapa korang start makan makanan pedas?


Macam baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang ayah sedang mengajar anak kecilnya untuk menikmati beberapa juadah yang dipercayai agak pedas untuk budak kecil.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat si bapa sedang menyuap anaknya dengan pelbagai juadah makanan yang ada di Malaysia dan dia memberikan challenge kepada anaknya itu untuk merasai dan menahan kepedasan makanan tersebut.

Si bapa tersebut menyuapkan makanan nasi kandar yang semua sedia maklum bahawa makanan tersebut memang terkenal dengan kuah kari yang pedas dan berempah.

Pemilik akaun yang dikenali sebagai @bapabros dipercayai seorang food influencer yang gemar berkongsi video mengenai dia dan anaknya sedang menikmati pelbagai makanan di Malaysia.

“Comel! tapi mungkin memudaratkan kesihatan anak kecil” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi ke atas tindakan si bapa itu kerana ada segelintir netizen yang memuji cara si bapa mengajar anak kecilnya untuk menikmati makanan yang pedas.

Bagaimanapun, ada netizen yang mengingatkan kepada si bapa bahawa tindakannya itu mungkin boleh memudaratkan kesihatan si kecil itu.

Screenshot 2022 12 30 133203Sumber: TikTok

Screenshot 2022 12 30 121520Sumber: TikTok

Power betul dia ni! Min kalau makan pedas pun confirm berpeluh..

Baca : Wanita Patah Tulang Rusuk Lepas Makan Makanan Pedas…

Ft Wanita Patah Tulangrusuk 758X399 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tak elok perut budak tu” – [VIDEO] Bapa Ajar Anak Kecil Makan Pedas Undang Teguran Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tak-elok-perut-budak-tu-video-bapa-ajar-anak-kecil-makan-pedas-undang-teguran-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM