in

Wanita Patah Tulang Rusuk Lepas Makan Makanan Pedas…

Ft Wanita Patah Tulangrusuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita dari China mengalami patah empat tulang rusuk selepas batuk akibat makan makanan pedas.

Wanita dari Shanghai yang dikenali sebagai Huang berkata ketika dia batuk, dia terdengar bunyi aneh daripada dadanya, lapor South China Morning Post.


Screenshot 2022 12 08 193244

Pada mulanya, dia tidak fikir ada apa-apa yang salah, tetapi kemudian dia berasa sakit apabila bercakap dan bernafas.

Tulang rusuknya yang patah itu dimaklumkan oleh doktor setelah menjalani imbasan, dan diberitahu oleh doktor dia perlu membalut dadanya selama sebulan untuk sembuh.

Screenshot 2022 12 08 193233

Huang yang berketinggian 171cm mempunyai BMI yang tidak simbang kerana berat badannya hanya 57kg, Huang berkata dia sangat kurus di bahagian atas badannya sehingga boleh nampak tulang di dada.

“Rusuk anda boleh dilihat dengan jelas di bawah kulit anda. Tiada otot untuk menghadang tulang, jadi mudah untuk tulang rusuk anda patah apabila batuk,” kata doktor kepadanya.

Sejak dari itu, Huang berjanji bahawa selepas pulih daripada kecederaannya itu, dia akan melakukan lebih banyak latihan fizikal untuk meningkatkan jisim otot dan menampah berat badan.

Baca : “Badan makin lemah, pucat” – Pemuda Alami Keradangan Dalam Perut Sebab Kuat Makan Pedas

Ft Gerd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.