in

“Tak cukup makan, buat benda ni pulak” – Penjual Daging Di China Didakwa Rebus Kucing Untuk Dijadikan Baju, Kasut & Wallet

Cats

Allahu, tak sanggup admin nak tengok gambar-gambar kat bawah ni.

Menurut satu kumpulan aktivis Anti-Fur Society yang mengadakan kempen menghalang penggunaan bulu haiwan di seluruh dunia mengatakan, pasaran untuk daging dan bulu kucing semakin menjadi-jadi di China.

Fur 3
Gambar hiasan

Kalau korang nak tahu, dekat sana sekarang ni masih belum ada undang-undang menghalang kekejaman terhadap haiwan tau!

Kumpulan aktivis ini berkata, kebanyakan kucing yang digunakan untuk pasaran ini adalah kucing jalanan yang tak dimandulkan serta kucing belaan yang dicuri.

Cats 1
Gambar hiasan

Ia kemudiannya dijual kepada penjual daging dan direbus hidup-hidup bagi menyelamatkan kulitnya yang kemudiannya digunakan untuk membuat kasut, sarung tangan, wallet dan lain-lain dan dijual secara terbuka.”

Posting mengenai penggunaan kulit kucing yang dibuat oleh kumpulan aktivis ini telah tular di media sosial dan mendapat reaksi dari seluruh pelusuk dunia.

Screenshot 2019 12 04 At 12.14.02 Pm

Sebagai salah satu ikhtiar kumpulan aktivis ini untuk menghalang aktiviti kejam macam ni, mereka telah mengambil langkah untuk meminta sumbangan orang ramai bagi mendapatkan wang supaya dorang boleh mandulkan kucing-kucing dekat sana.

Screenshot 2019 12 04 At 12.02.27 Pm
Sumber: fb

Walaupun dekat China tak salah untuk makan daging kucing dengan anjing, pakar polisi di China mengatakan tak ramai penduduk kat sana yang makan daging ni. Hanya segelintir yang duduk di kawasan kampung je yang makan. Pun begitu, pakar tersebut mengharapkan aktiviti kejam ini dapat dihentikan.

Kalau korang nak selamatkan kucing dan anjing dekat China, korang boleh bagi derma kat sini.

 

Baca: “Kami balun tanpa belas” – Bekas Pekerja Majlis Perbandaran Insaf Lepas Anak Lahir Cacat Macam Anjing Yang Dibunuh

Collage 6