in

“Tak cukup bilik mayat” – [VIDEO] Mayat Pesakit Covid-19 di US Diangkat Guna ‘Forklift’, Simpan Dalam Trak Sejuk Beku

Mayat Covid 19 Us

Jumlah kes Covid-19 di Amerika Syarikat naik mendadak dan kini lebih 66,000 disahkan dijangkiti virus itu dengan lebih 1,200 kematian, lapor Metro. Sudah tentunya mereka kini ‘tak cukup tangan’ nak mengendalikan krisis ini di bandar-bandar utama.

Ny

Ny0

Selain kekurangan doktor, jururawat dan katil hospital, mereka juga dikatakan terpaksa membuat ‘bilik mayat sementara’ kerana yang sedia ada dipenuhi jenazah mangsa Covid-19.

Dalam satu video yang viral di Twitter, kakitangan hospital di Brooklyn, New York dilihat membawa mayat untuk disimpan di dalam ‘bilik mayat sementara’ iaitu sebuah trak panjang. Video itu menunjukkan mayat diangkat menggunakan ‘forklift’ dan dipindahkan ke dalam trak untuk disimpan buat sementara waktu.

Mayat1

Bandar New York dikatakan turut terpaksa membut hospital sementara di Central Park untuk menampung jumlah pesakit yang berlebihan akibat pandemik ini. Difahamkan, seramai hampir 100 pesakit disahkan maut di bandar itu dalam masa 7 jam sahaja.

Ny2

Ny3

Ny5

Disebabkan jumlah kematian yang melebihi kapasiti bilik mayat yang ada, mereka terpaksa melakukan inisiatif sebegini. Bukan itu saja, dalam satu video lain yang viral di Youtube, mayat pesakit Covid-19 dikatakan sedang dalam proses untuk dipindahkan ke dalam sebuah trak sejuk beku.

Menurut Al Jazeera, selain itu kapal tentera laut Amerika Syarikat juga dikatakan telah ditukarkan menjadi hospital sementara untuk membantu untuk menempatkan pesakit yang belum disahkan positif. Ini bagi membolehkan hospital di New York mengutamakan katil hospital kepada mereka yang telah disahkan dijangkiti Covid-19. Kapal itu dilaporkan telah pun berlabuh di New York dan mempunyai lebih 700 buah katil hospital, 12 bilik operasi serta 1,200 orang doktor dan staf.

Ny1

Ny6

Ny7

Naik mendadak jumlah kes dekat sana!

Baca: “Korban makin meningkat”- Kematian Akibat Covid-19 Di AS Kini Mengatasi Angka Korban Serangan 9/11

Feat 24

Sumber: CNN
Sumber: Metro
Sumber: Metro
Sumber: Metro
Sumber: CNN
Sumber: SCMP
Sumber: Metro
Sumber: Metro
Sumber: Metro