Kerenah anak-anak telah membuatkan seorang bapa ‘garu kepala’ kerana menyebabkan kerjanya di pejabat terganggu. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Jepun di mana dia telah berkongsi pengalamannya baru-baru ini.
Pada 18 Ogos lepas, @Zenryoku_tochan telah berkongsi di Twitter tentang situasi di mana dia pergi ke tempat kerja dan perlu melalui hari yang penting namun ianya tidak jadi seperti yang dirancang disebabkan kesilapan tanpa sengaja daripada anaknya.
Tweet yang mendapat lebih 131,800 retweets serta lebih 506,700 tanda suka itu menceritakan tentang pengalaman Zenryoku yang tiba di tempat kerja dan mendapati laptop miliknya tiada di dalam beg.
https://twitter.com/zenryoku_tochan/status/1427768578950897667
Berdasarkan gambar yang dimuat naik bersama tweet itu, laptop mainan anak dia boleh dilihat tersimpan di dalam beg kerja tersebut. Berikut adalah terjemahan apa yang dikongsikannya:
Saya tiba di tempat kerja dan terkejut hingga melutut. Saya akan hadiri mesyuarat hari ini bersama komputer ini. Anakku, ada sesuatu yang penting bapamu mahu katakan malam ini.”
Perkongsian tersebut membuat ramai netizen terhibur dan ramai tidak dapat menahan diri daripada ketawa malah ada yang berkata ‘kesilapan’ yang berlaku itu sangat lucu.
Respon positif daripada netizen itu ternyata membuatkan Zenryoku membatalkan niatnya untuk memarahi anak-anaknya. Difahamkan, sebuah video telah dimuat naik di Youtube menunjukkan dia menerangkan kepada anak-anaknya dengan tenang dan sabar tentang kesalahan mereka.
Bukan itu saja, disebabkan tweet itu menjadi viral di media sosial, syarikat yang mengeluarkan mainan tersebut bernama Sumikko Gurashi telah memberi respon dan menawarkan keluarga Zenryoku sebuah komputer kanak-kanak keluaran terbaru namun ditolak olehnya secara baik.
娘さんに大事なお話をするときに、「リモート機能とカメラがないじゃないか!」という場合には、最新モデルのこちらがあることをお伝えください。 pic.twitter.com/F02ckcoWhg
— セガトイズ公式 (@SegatoysJapan) August 18, 2021
Laptop keluaran Sumikko Gurashi memang dikenali di Jepun dengan produk mereka yang bagus untuk kanak-kanak di mana ia dilabel sebagai mainan pendidikan. Setiap gajet itu dilengkapi dengan beberapa fungsi termasuklah ciri pembelajaran bahasa Jepun, matematik serta beberapa kemahiran lain sesuai dengan tumbesaran kanak-kanak.