in

“Ayah kau penakut dik” – [VIDEO] Anak Tanya Soalan ‘Paling Susah’ Dekat Ibu Buat Netizen Tak Kering Gusi

Ft Penakut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang perasan tak kadang-kadang kita terlepas pandang untuk berkomunikasi dengan ibu bapa kita. Hal ini akan membuatkan hubungan kita dengan mereka akan menjadi renggang. Mungkin dia tak tunjuk apa yang dia rasa tapi dalam hati mereka siapa je yang tahu.


Sebagai anak kita haruslah ambil sedikit masa berkomunikasi dengan mereka walaupun kita sesibuk mana pun. Tak kisah la borak kosong ke, tanya soalan kepada mereka ke atau luahkan apa yang kita rasa agar hubungan menjadi erat.

“Tanya soalan pelik-pelik pun takpa”

Sama dengan kisah kalini. dalam perkongsian @hawa_aje, dia telah memuat naik video di akaun Tiktok miliknya, di mana anak lelakinya sedang meluahkan perasaan padanya.

@hawa_aje

Video original yaya tanya mama #fypシ #fyourpage

♬ original sound – ??????✾ – ??????✾

Apa yang menarik dengan video ini adalah pertanyaan anak lelakinya, Yaya pada dia. Soalan tersebut tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa Yaya akan tanya soalan macam tu dan dia tidak tahu untuk jawab apa. Ibunya hanya mampu tergelak je.

Antara soalan yang ditanya Yaya adalah kenapa ayahnya penakut sebab tidur dengan ibunya dan kenapa ayahnya suruh adik beradiknya tidur di bilik masing-masing. Soalan mencabar tu dik…

“Terus hilang idea nak jawab apa”

Video yang berdurasi lebih daripada setengah minit ini telah mendapat hampir satu juta tontonan di Tiktok walaupun baru dimuat naik semalam.

Kebanyakan netizen yang menonton video tersebut terkejut dengan pertanyaan Yaya. Meneliti di ruangan komen, ramai netizen hanya mampu tergelak kerana terhibur dengan soalan tersebut. Cara ibunya gelak pun kelakar, hahaha

Komen Kelako

Ada juga Netizen yang minta Hawa untuk buat video suaminya jawab soalan Yaya.

Min harap ayah dia jawab soalan tu supaya dia faham dan tak marah ayah dia lagi.

Baca: “Sebijik suara google translate” – Netizen Terhibur Tengok Video Memasak Nabila Huda

Nabila E1629448334751

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.