Zaman sekarang memang dah canggih, semua benda cashless. Pergi mamak pun sekarang tak payah nak withdraw dulu, scan je QR code, settle!
Kecanggihan teknologi ni memang betul-betul mudahkan urusan kita ni. Lagi-lagi untuk golongan yang sentiasa sibuk sampai kadang-kadang tak ada masa nak keluarkan duit. Tapi, apa yang mengejutkan, teknologi ni bukan je digunakan untuk orang berduit, orang tak ada duit pun guna jugak tau!
Baru-baru ni, seorang netizen, Fazil Irwan kongsikan satu insiden yang berlaku padanya semasa dia keluar makan dengan kawan-kawan dia di China. Ceritanya, masa dorang tengah jalan sama-sama, ada seorang pengemis datang minta derma pada salah seorang dari mereka.
Salah seorang kawan kitaorang cakap dia tak ada duit. Pengemis tu cakap, ‘takpe, boleh bayar guna WeChat.”
Dorang semua memang terkejut bila pengemis tu jawab yang dia terima online transfer weh! Gilalah! So nak tak nak, terpaksalah kawan Fazil tu bagi derma.
Nampaknya, China memang betul-betul dah jadi negara paling maju dalam memperkenalkan cashless ni kalau dah sampai pengemis pun pakai online transfer kan?
Masalahnya, duit dalam akaun admin pun kering. Camnooo?
Baca: “Kecik-kecik tak nak mampus!” – Netizen Mengamuk Lihat Video Prank Remaja Ketuk Kepala Pengemis