in

Tak Berhati Perut! Lelaki Potong Kepala Kanak-Kanak Kerana Menangis Tanpa Henti

P

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul kata orang, nak cari penjaga anak pastikan penyabar orangnya. Macam macam kes kita dengar tentang penderaan kanak-kanak di serata dunia. Seperti kes seorang lelaki yang menjadi menjadi perhatian media tempatan di Chicago baru-baru ini.


Kamel Harris telah ditangkap atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun bernama Kyrian Knox. Menurut pihak polis, darah kanak-kanak itu telah dikenal pasti di karpet kereta milik lelaki berusia 41 tahun itu.

K2
Kamel harris

Komander Polis Chicago, Kevin Duffin berkata, Kamel dipercayai telah membunuh kanak-kanak itu dengan memotong kepalanya. Kanak-kanak itu yang mempunyai masalah tidak boleh menghadam produk yang mempunyai laktosa telah diberikan susu olehnya. Namun kerana masalah itu, Kyrian menangis tanpa henti.

Tidak tahan dengan tangisan kanak-kanak tersebut, Kamel bertindak di luar kawalan membunuh Kyrian dan memotong kepala kanak-kanak itu dan mengerat bahagian badan yang lain.

K0
Kyrian knox

K4

Kamel yang juga penjaga kanak-kanak itu, kemudian membuat laporan polis tentang kehilangan Kyrian dari Rockfold pada September 2015.  Bahagian badan Kyrian yang lain pula dijumpai di tasik di Garfield Park di West Side Chicago.

FBI mengesahkan ujian DNA kanak-kanak itu sepadan dengan bahagian badan yang lain dijumpai di tasik tersebut dua minggu sebelum dia dilaporkan hilang.

Chicago Park Child Remains

K3

K2

Menurut ibu Kyrian, anaknya itu tinggal bersama Kamel dan teman wanitanya, Danyelle Foggs sementara beliau selesaikan proses pemindahan dari Rockford ke Iowa. Kamel merupakan rakan kepada keluarga itu.

Namun, pada November 2015 kedua-dua mereka tidak memberikan kerjasama pada siasatan pihak polis mengenai kes ini.

K5

K6

Kamel terlebih dahulu telah ditahan atas tuduhan lain di Jail Winnebago County ketika dia ditangkap.

Polis berkata Kyrian dipercayai dibunuh di Rockford, tetapi Kamel didakwa di Cook County kerana tubuh kanak-kanak itu ditemui di Chicago dan polis di bandar itu yang mengendalikan kes tersebut.

Menurut Santini, saksi pembunuhan Kyrian:
“Harris memberitahu saya bahawa dia tidak mendapat bayaran secukupnya untuk menjaga kanak-kanak itu di rumahnya di Rockford yang dikongsi bersama seorang anak lelakinya, teman wanita dan dua anak lelaki teman wanitanya itu.”

K

Hmm kenapa lah sanggup bunuh kanak-kanak sekecil ini… 🙁

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.