in

“Tak ada siapa sudi berkenalan” – Keith Foo Selesa Hidup Menduda, Boleh Jaga Anak Ketika Bekas Isteri Keluar ‘Dating’

Handsome Tak Ada Suka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat lagi dengan aktor kacak kacukan India-Cina, Keith Foo? Rasanya dah lama juga admin tak nampak Keith Foo berlakon drama di televisyen kebelakangan ini.


Walau bagaimanapun, Keith Foo baru-baru ini mendedahkan yang dia masih berhubung dengan bekas isterinya, Kim Raymond walaupun sudah bercerai pada Disember lalu, lapor Kosmo.

Menurutnya, pasangan tersebut kini sedang berusaha menjadi ibu bapa yang baik buat anak mereka, Skylar Raymond Foo yang kini berusia tiga tahun.

Lebih mengejutkan, Keith juga mengakui dia sangat terbuka dengan hubungan bersama Kim apabila terdengar desas-desus yang mengatakan bekas isterinya itu kini dalam proses mengenali hati budi seseorang.

“Saya selalu gembira dengan siapa pun pilihan hatinya. Kalau dia ingin pergi ‘dating’, saya sangat galakkan, saya boleh jaga anak di rumah.

“Hubungan saya dengan Raymond tetap okey walaupun tidak lagi tinggal sebumbung sebagai suami isteri. Kami tetap jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada Skylar,” katanya.

Keith 3

Bila ditanya akan keadaan dirinya yang kini menduda, Keith berkata, yang dia selesa hidup solo namun tidak tertutup hati untuk kembali berumah tangga.

Jujur saya cakap, tiada orang yang sudi berkenalan. Saya selesa hidup solo, namun hati ini tidak pernah tertutup untuk berumah tangga semula,” katanya.

Keith 2

Uit biar betul handsome macam ni tak ada yang nak berkenalan?

Mengenai perkembangan terbaru pelakon lelaki ini, Keith kini dalam proses untuk membuang tatu ditubuhnya untuk jadi lebih ‘clean’. Dia juga sudah berjaya membuang lebih kurang 10 peratus dari tatu yang ada.

Haa apa lagi korang, Keith kini sudah menduda. Boleh la try masuk tengah. 

Baca: Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen, Isteri Dakwa Suami Kembali Curang?

Shuk

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.