in

TAHNIAH! Syamel Dan Ernie Zakri Selamat Diijab Kabulkan Dengan Sekali Lafaz Pagi Tadi

Fi Ernie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi pasangan penyanyi sama cantik sama padan, Ernie Zakri dan Syamel selamat diijab kabulkan.


Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan hanya sekali lafaz pada jam 10.30 pagi, dan dinikahkan jurunikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.

Majlis diadakan secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor dan dihadiri oleh 20 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Syamel atau nama sebenar  Syameel Aqmal Mohd Fozly, 28, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 300 dan seutas gelang tangan berlian. Namun nilai wang hantaran tidak dinyatakan.

Selain itu dia turut memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada 3 April, di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Sebagai tambahan, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

Selain itu, Syamel dan Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, mula rapat sejak menyertai rancangan Duo Star terbitan Astro pada 2017

Sumber : Instagram (erniezakri) , mStar

 

Baca : Kami akan beritahu dalam masa terdekat- Ernie Zakri & Syamel Bakal Disatukan Hujung Bulan Ini?

Foot Ernie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.