in

“Tahniah Odah, ni hadiah dari cikgu” – Murid Dapat Keputusan UPSR 6A Ini Tolak Hadiah Pemberian Guru Tapi…

Feature Image Odah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita tahu, harini 21 November merupakan tarikh bagi keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Tahniah yang dapat keputusan straight A dan yang dapat keputusan kurang memuaskan jangan cepat putus asa ye.

Seorang guru telah berkongsi di laman Twitter mengenai keputusan cemerlang yang diperoleh anak muridnya.


Our best student, Odah. Sorang je dapat 6A. Pandai, hormat cikgu, selalu senyum, suruh apa pon dia buat walaupun dia tak reti.”

Individu yang berkongsi perkara ini dikenali sebagai @SyafaatNasir, turut berkata muridnya yang lebih mesra disapa sebagai Odah memang seorang yang pandai dan juga hormat kepada guru-guru.

Dia turut berkata, Odah merupakan satu-satunya murid yang mendapat 6A di sekolahnya.

Disebabkan oleh keputusan Odah yang cemerlang itu, guru ini telah menghadiahkan sejumlah wang kepada anak muridnya itu tapi ditolak secara baik olehnya.

“Tadi masa nak bagi dia duit hadiah, dia cakap, tak payah la cikgu. Cikgu dah ajar saya pon dah cukup”. 

Tambah guru ini lagi, sebelum ini semasa dia pergi menunaikan ibadah umrah, Odah sempat meminta dia untuk mendoakan semua murid darjah 6 mendapat keputusan UPSR yang cemerlang.

“Cikgu doa bebudak tahun 6 semua 6A”

Ej360Cwuuaeuniu
Sumber: twitter

Guru ini turut berkongsi bahawa Odah itu merupakan seorang murid yang datang dari keluarga sederhana. Dia juga selalu terlibat dengan pelbagai program di sekolah dan ibunya selalu datang untuk memberi sokongan.

Ramai netizen yang turut tumpang gembira dengan kejayaan dan sikap humble yang ditunjukkan oleh murid ini.

Komen Odah
Sumber: twitter

 

Odah 2
Sumber: twitter

Admin pun nak ucapkan tahniah dekat adik Odah ni sebab dapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan UPSR. Semoga terus berjaya dan banggakan parents ye Odah!

 

Baca: “Anak korang bijak, anak kita tak berapa” – Sharifah Shahira Tetap Bangga Kongsi Keputusan UPSR Anak Walaupun Tak Memuaskan

Keputusan Upsr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.