“Tahniah cikgu” – Kadet Bomba Kenang Jasa Cikgu, Kalungkan Pingat Lepas Menang Kawad Kaki

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tahniah cikgu” – Kadet Bomba Kenang Jasa Cikgu, Kalungkan Pingat Lepas Menang Kawad Kaki

Tak dinafikan, di sebalik pencapaian para pelajar ada pengorbanan para guru yang tak kenal erti lelah mengajar mereka sehingga berjaya.

Kalung pingat perak untuk cikgu

Satu perkongsian video oleh @carapzzz di TikTok menunjukkan momen indah ahli kadet bomba beramai-ramai mengalungkan pingat perak kepada cikgu mereka selepas berjaya memenangi pertandingan kawad kaki.


Artikel berkaitan: “Dulu awak picit kepala saya” – Cikgu Balas Jasa Murid India Sebab Pernah Tolong Urutkan Kepala

Artikel berkaitan: “Reaction dia mahal” – Reaksi Cikgu ‘Unboxing’ Hadiah Hari Guru Raih Perhatian Netizen

Tindakan tersebut sebagai tanda mereka menghargai jasa cikgu yang sudah banyak berkorban masa, tenaga serta melayan setiap kerenah ahli kadet.

Nak menjaga 35 orang dengan 35 perangai bukan perkara mudah. Memerlukan kesabaran, pengorbanan dan komitmen yang tinggi.

Bukan semua mampu bertahan kena marah, jerit, denda, latihan pagi sampai lewat petang. Tapi, 35 orang ni lah betul-betul yang ada mental dan fizikal yang kuat.

Sambil ahli kadet mengalungkan pingat, cikgu tersebut menangis terharu dengan kejayaan mereka.

Tak menang johan tapi..

Pemilik video berkata mereka sudah lama menunggu rezeki untuk bertanding ke peringkat negeri anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan akhirnya membuahkan hasil walaupun bukan meraih johan untuk tahun ini.

Namun, mereka mendapat panggilan untuk menyertai pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan di bawah anjuran balai.

Walaupun tak berjaya ke peringkat kebangsaan KPM atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya (Penalti Aksesori). Tapi Allah gantikan dengan rezeki panggilan Kebangsaan Balai.

Bagaimanapun, mereka bersyukur dengan rezeki tersebut dan akan berlatih bersungguh-sungguh untuk menempa nama di peringkat kebangsaan.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat video tersebut.

Cikgu 1 1

Sebak tengok video ni…

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tahniah cikgu” – Kadet Bomba Kenang Jasa Cikgu, Kalungkan Pingat Lepas Menang Kawad Kaki
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tahniah-cikgu-kadet-bomba-kenang-jasa-cikgu-kalungkan-pingat-lepas-menang-kawad-kaki/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM