Kalau korang perasan, cikgu-cikgu zaman sekarang ni sangat rapat dengan anak murid malah hubungan rapat mereka nampak seperti ibu bapa dan anak-anak.
Mungkin juga disebabkan pendekatan mata pelajaran kini yang lebih kreatif, jadi murid-murid lebih suka mendekati guru kesayangan mereka.
Cikgu tolong picitkan kepala anak murid India
Satu video telah tular di TikTok, memaparkan situasi seorang guru yang menceritakan anak murid berbangsa India yang kerap mengadu sakit kepala. Mengendahkan status sebagai seorang guru, Cikgu Miqa terus mengurut kepala murid berkenaan.
Artikel berkaitan: “Reaction dia mahal” – Reaksi Cikgu ‘Unboxing’ Hadiah Hari Guru Raih Perhatian Netizen
Artikel berkaitan: Cikgu Terkejut, Anak Murid Hadiahkan Rotan Pada Hari Guru
Bagaimanapun, Cikgu Miqa terkenang kisah anak murid yang sama pernah mengurut kepalanya secara sukarela ketika dirinya pening dan hampir terjatuh di dalam kelas. Jadi, dia mahu membalas jasa baik murid tersebut dengan mengurut pula kepalanya.
Akhir-akhir ni dia selalu mengadu sakit kepala, dah suruh pergi klinik. Dulu saya gelap mata berpusing-pusing nak jatuh dalam kelas (sebab Anemia), awak yang sukarela picit kepala saya. Hari ni saya tolong awak pula ya.
Selain memicit di kepala, cikgu itu turut mengurut di bahagian bahu dan belakang leher anak muridnya itu. Kata Cikgu Miqa, murid itu selalu datang dan meletakkan kepala di atas bahunya.
Bila dia sakit kepala, dia selalu datang dan letak kepala di atas bahu saya, Saya urutkan kepala dia bagi dia rasa ok..
@miqamikail beginilah kalau jadi ibu kat anak² di sekolah♥️ #cikguaimi #sjkt #tentanghidup #oneofmemories
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu dan memuji hubungan Cikgu Miqa dengan anak muridnya. Mereka turut berkongsi kenangan manis bersama guru kesayangan di sekolah.
Baiknya cikgu!
Sumber: TikTok, WORLD OF BUZZ