“Reaction dia mahal” – Reaksi Cikgu ‘Unboxing’ Hadiah Hari Guru Raih Perhatian Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
“Reaction dia mahal” – Reaksi Cikgu ‘Unboxing’ Hadiah Hari Guru Raih Perhatian Netizen

Pada 16 Mei 2024 yang lalu, negara kita meriah dengan sambutan hari guru serta hadiah-hadiah kreatif yang diberikan oleh para pelajar kepada cikgu kesayangan mereka.

Cerita tentang hari guru pada minggu lepas ternyata belum lagi berakhir apabila seorang guru yang bernama Cikgu Faizal telah memuat naik video dirinya membuka kesemua hadiah yang diterima.


Unboxing setiap hadiah, nampak sangat teruja!

Cikgu Faizal melalui TikTok miliknya menghargai setiap pemberian oleh anak murid malah dia mengumpulkan kesemua hadiah tersebut dan membukanya satu persatu.

Artikel berkaitan: Cikgu Terkejut, Anak Murid Hadiahkan Rotan Pada Hari Guru

Artikel berkaitan: “Yang ni paling win!” – Murid Hadiahkan Cikgu Sejambak Ulam Buat Ramai Tersentuh

Bagaimanapun, reaksi spontan dan teruja oleh Cikgu Faizal pasti membuatkan setiap orang yang melihatnya rasa dihargai dan salah satu hadiah yang diterima adalah keychain tali cetakan namanya ‘Cikgu Az Faizal’.

Terima kasih Az Zahra. Pemberian awak ni saya akan simpan sampai bila-bila. Walau apapun pemberian, kita perlu hargainya.

Selain itu, ada beberapa hadiah lain yang dibungkus dalam beg kertas kecil yang berisi makanan ringan, pen dan sebagainya. Lebih terharu, Cikgu Faizal membaca setiap ucapan yang diletakkan pada setiap hadiah tersebut.

“Saya guna untuk manfaat pahala mengalir…”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat reaksi Cikgu Faizal yang amat teruja membuka setiap hadiah hari guru yang diterimanya. Bagi Cikgu Faizal, setiap hadiah tersebut haruslah dihargai dan dimanfaatkan sebaiknya.

Cikgu 1 Cikgu 2

Rupa-rupanya, Cikgu Faizal pernah tular sebelum ini kerana videonya yang meminta setiap anak murid merasai makanan potluck yang dibawa oleh rakan sekelas.

Cikgu 3

Kalau min jadi student cikgu ni.. berair dah mata..

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Reaction dia mahal” – Reaksi Cikgu ‘Unboxing’ Hadiah Hari Guru Raih Perhatian Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/reaction-dia-mahal-reaksi-cikgu-unboxing-hadiah-hari-guru-raih-perhatian-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM