Kalau nak gembirakan hati orang, tak semestinya kita perlu berbelanja sampai ratusan ringgit demi membelikan hadiah. Kadangkala dengan perbuatan kita saja dah boleh membuatkan seseorang itu gembira tak terkata dan mungkin boleh jadi satu detik yang paling bermakna buat diri mereka.
Seperti yang berlaku dalam satu video yang telah viral di laman sosial TikTok dimana seorang kanak-kanak lelaki berbaju melayu merah jambu dilihat membelikan sepasang selipar baru buat seorang gelandangan warga emas yang sedang duduk di pintu masuk sebuah kedai ECO.
Video terbabit telah dikongsikan semula di laman sosial Twitter dan setakat artikel ini ditulis, ia sudah meraih lebih 300 ribu tontonan.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1522058770591121408
Sanggup patah balik dua kali supaya selipar saiz sesuai
Menerusi rakaman video terbabit, dapat dilihat pada mulanya, terdapat sekumpulan kanak-kanak lelaki berbaju melayu merah jambu mengerumuni seorang lelaki gelandangan yang sedang duduk di hadapan pintu kedai ECO.
Setelah seketika, kumpulan kanak-kanak terbabit masuk ke dalam kedai sebelum salah seorang daripada mereka keluar semula sambil membawa sepasang selipar baru untuk diberikan kepada gelandangan terbabit.
Lebih menarik perhatian, kanak-kanak terbabit dilihat sanggup tunggu sehingga warga emas terbabit mencuba terlebih dahulu selipar terbabit sebelum membelikannya. Tidak cukup dengan itu, dia juga dilihat beberapa kali masuk ke kedai sama bagi mendapatkan selipar yang sesuai saiznya dengan kaki warga emas berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menahan sebak melihat perbuatan kanak-kanak terbabit. Rata-ratanya memuji sikap mulianya dan memuji didikan yang telah diberikan oleh ibu bapanya.
“Salute kepada ibu bapa adik ni. You raise them well… Bravo!” tulis seorang pengguna Twitter.
“Bertuah adik ini dapat didikan yang sempurna, juga dapat kawan daripada kalangan orang yang baik-baik” kata yang lain pula.
Menurut netizen juga, kejadian terbabit berlaku di Ampang.
Sumber: @MALAYSIAVIRALL