in

TAHNIAH! 2 Sekolah Malaysia Tersenarai Finalis ‘Sekolah Terbaik Dunia’, Ini Respon Dr Sheikh Muszaphar

sekolah terbaik dunia malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam negara kita terima satu berita yang amat membanggakan apabila dua sekolah di Malaysia telah disenaraikan dalam 10 finalis bagi menerima anugerah ‘Hadiah Sekolah Terbaik Dunia’.

Menurut mStar, dua sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang yang mana tersenarai Top 10 Hadiah Sekolah Terbaik Dunia untuk Inovasi.


Manakala sebuah sekolah lagi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa, Klang, Selangor yang mana disenarai pendek Top 10 Hadiah Sekolah Terbaik Dunia kategori Mengatasi Kesusahan.

553

Senarai ini katanya telah diumumkan secara dalam talian semalam (Khamis).

Pemenang hadiah bakal menangi wang tunai RM219,650! 

Pengasas T4 Education, Vikas Pota yang juga penganjur bagi acara ini telah mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam senarai pendek tersebut dan berkata, para pendidik di seluruh dunia boleh menjadi contoh daripada ‘sekolah-sekolah Malaysia yang cemerlang ini’.

WhatsApp Image 2022 06 09 at 8.24.15 PM 1 e1654778959211

Manakala Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan pemegang amanah pengasas, Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, pemilihan kedua-dua sekolah ini telah membuktikan bahawa sekolah awam Malaysia mampu jadi antara yang terbaik di dunia.

Setiap daripada 2 sekolah ini katanya berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak AS$50,000 (RM219,650). Fuh banyak tu! 

FU0UwntaMAE4vOB

 

“Tak pernah dengar sekolah-sekolah ini” – Sheikh Muszaphar 

Berita baik mengenai sekolah di Malaysia ini telah mendapat respon angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang telah mengucapkan tahniah kepada dua sekolah ini dan agak terkejut mereka memenanginya.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, pada awalnya dia ingat sekolah disenarai pendek ini adalah dari sekolah elit ataupun MRSM, namun sangkaannya nyata meleset.

https://www.instagram.com/p/CelNh0dJ7T_/

Disenarai pendekkan sebagai ‘Sekolah Terbaik Di Dunia’, tahniah diucapkan. Saya ingat MRSM atau sekolah elit yang disenarai pendekkan. 

“Tak pernah dengar nama sekolah-sekolah ini. Nampaknya saya kena melawat untuk melihat sendiri apa yang membuatkan mereka hebat. Para cikgu-cikgu dan pelajar. Kudos kepada mereka. 

“PS: saya sedang google tengok di mana sekolah ini berada,” katanya.

Posting tersebut mendapat pelbagai respon netizen yang mana rata-rata sangat terharu dengan pencalonan dua sekolah tersebut.

sekolah hebat

Ada alumni dua sekolah ni tak kat sini? Mesti korang bangga kan! 

Baca: Solat Tarawih Di Sekolah Pondok Ini Ambil Masa 8 Jam, Baca 1 Juzuk Al-Quran Setiap Rakaat

tarawih

Sumber: mStar
Sumber: Kosmo
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.