Tabung Haji Ingatkan Bakal Jemaah Haji Tahun 2026 Untuk Bersedia Lebih Awal

Tambah ke Sumber Pilihan
Tabung Haji Ingatkan Bakal Jemaah Haji Tahun 2026 Untuk Bersedia Lebih Awal

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan peringatan awal kepada bakal jemaah haji bagi musim haji 1447H/2026M untuk membuat persediaan lebih awal. Peringatan ini adalah selaras dengan usaha berterusan TH untuk meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji Malaysia.

Makluman awal ini bertujuan untuk membantu bakal jemaah membuat persediaan yang lebih rapi, terutamanya dalam aspek yang sering menjadi punca jemaah tidak layak menerima tawaran haji, iaitu kesihatan dan kewangan.


Tambah pihak TH lagi, pengalaman lepas menunjukkan ramai bakal jemaah gagal menunaikan haji kerana faktor-faktor tersebut. Dengan peringatan awal ini, bakal jemaah diharapkan mempunyai masa yang lebih panjang untuk membuat persediaan dan seterusnya melayakkan diri untuk menerima tawaran haji.

528146150 1687290340103294 4252196471945976603 NSumber: Tabung Haji

Aspek Persediaan yang Perlu Diberi Perhatian:

  • Kesihatan: Bakal jemaah perlu lulus pemeriksaan kesihatan, kerana ibadah haji memerlukan fizikal yang kuat. Aktiviti haji seperti melontar di Mina memerlukan jemaah berjalan sehingga 10km sehari dalam cuaca yang tidak menentu.

    Jemaah juga akan berada di Arab Saudi dalam tempoh yang lama dan terdedah kepada cuaca panas dan berdebu. Peringatan awal ini memberi lebih masa kepada bakal jemaah untuk menjaga kesihatan fizikal melalui senaman dan pemeriksaan kesihatan kendiri.

  • Kewangan: Bakal jemaah digalakkan untuk terus meningkatkan simpanan di TH. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Haji Mustakim Mohamad, menyarankan agar bakal jemaah mencukupkan simpanan di TH sekurang-kurangnya RM15,000, iaitu jumlah bayaran haji yang ditetapkan bagi golongan B40 pada tahun 2025.

    Simpanan boleh dilakukan secara berkala melalui potongan gaji atau potongan terus dari akaun bank (direct debit) menggunakan platform THIJARI.

  • Maklumat Peribadi: Bakal jemaah haji 1447H/2026M juga diingatkan untuk mengemas kini rekod profil mereka bagi memudahkan TH menghubungi mereka untuk urusan selanjutnya.
    Bakal jemaah haji juga digalakkan mengikuti saluran-saluran media sosial dan
    laman web rasmi TH bagi mendapatkan informasi terkini sebagai persediaan
    untuk menunaikan haji.
Dalam pada itu, pihak TH akan turut memulakan siri kursus-kursus bimbingan haji bagi menyediakan bakal-bakal jemaah haji daripada segi rohani dan ilmu pengetahuan ke arah mencapai haji mabrur.
512718122 1639636271535368 7151324304531844429 NSumber: Tabung Haji
Makluman peringatan awal ini akan dilakukan melalui aplikasi THiJARI, pesanan SMS dan juga emel rasmi dari TH. Makluman ini bukan merujuk kepada surat tawaran menunaikan haji tetapi merupakan notifikasi peringatan awal kepada bakal jemaah haji dalam tahun giliran 1447H/2026M.

Bakal jemaah boleh menyemak giliran haji mereka melalui platform THiJARI atau di pejabat cawangan TH seluruh negara. TH juga akan memaklumkan peringatan awal ini melalui aplikasi THIJARI, SMS, dan e-mel rasmi. Makluman ini bukanlah surat tawaran haji, tetapi sekadar notifikasi peringatan awal. TH juga akan memulakan siri kursus bimbingan haji untuk persediaan rohani dan ilmu pengetahuan bagi bakal jemaah.

Ibadat haji hanya diwajibkan bagi umat Islam yang berkemampuan dari segi kesihatan, kewangan, kuota, dan keselamatan. Peringatan awal ini diharapkan dapat membantu bakal jemaah untuk membuat persediaan yang rapi dan menunaikan ibadah haji dengan lancar.

506351598 1623933343105661 1206493256393375047 N

Dalam pada itu, TH terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dengan mengekalkan rekod konsisten sebagai model pengurusan haji yang inovatif sehingga mendapat pengiktirafan anugerah berprestij ‘Diamond Award’ di Majlis Anugerah Labaytum 2025.

Sebelum ini, TH telah memenangi anugerah Labaytum untuk dua tahun berturut turut. Pada tahun 2023, TH menerima dua anugerah dalam Kategori Perkhidmatan Terbaik bagi Pejabat Hal Ehwal Haji dan Perkhidmatan dan Program Bimbingan Haji Terbaik. Pada tahun 2024 pula, TH menerima Anugerah Labaytum dalam Kategori Perkhidmatan Terbaik Pejabat Hal Ehwal Haji.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tabung Haji Ingatkan Bakal Jemaah Haji Tahun 2026 Untuk Bersedia Lebih Awal
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tabung-haji-ingatkan-bakal-jemaah-haji-tahun-2026-untuk-bersedia-lebih-awal/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM