Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan bahawa pelan penstrukturan semula pada tahun 2018 adalah tindakan penyelamatan kewangan segera (bailout) menyeluruh bagi merapatkan jurang defisit aset dan liabiliti yang melebihi RM10 bilion sekali gus mengelakkan insolvensi.
Langkah drastik itu diambil bagi melindungi simpanan pendeposit serta mengelakkan krisis pasaran kewangan dan risiko pengeluaran wang secara besar-besaran.

Berikut ialah sorotan utama Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH:
-
Penyelamatan Aset: Syarikat Tujuan Khas (SPV) milik kerajaan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mengambil alih aset bermasalah bernilai RM9.7 bilion pada nilai RM19.9 bilion untuk menutup defisit
-
Pembelian Semula Aset Berpotensi: TH menggunakan Hak Keutamaan (Right of First Refusal) untuk membeli semula tanah TRX pada harga RM270 juta (harga asal RM400 juta) dan ladang kelapa sawit UJ Estates bernilai RM695 juta (harga asal RM800 juta).
Artikel berkaitan: Lembaga Tabung Haji Teruskan City Check-In, Jemaah Boleh Daftar Bagasi 48 Jam Lebih Awal
Artikel berkaitan: #MenujuIstitoah: Inisiatif Baharu Tabung Haji Memperkasa Persediaan Haji Rakyat Malaysia
-
Pengurusan Kerugian: Berjaya menangani kerugian pelaburan keseluruhan RM12.6 bilion—iaitu RM10 bilion melalui pelan 2018 dan RM2.6 bilion lagi diserap secara berperingkat sehingga akhir 2025.

-
Agihan Keuntungan Lebih Kukuh: Kadar agihan bertambah baik daripada 1.25% (2018) kepada 3.25% (2024) dan terus meningkat ke 3.50% bagi tahun 2025.
Menerusi tadbir urus baharu tanpa campur tangan kerajaan, TH kini berada di landasan kewangan yang mampan dan sudah mula membina semula rizab untuk masa depan.
Sumber: Tabung Haji
