in

”Syurga tempatmu sayang” – Kes Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Disyaki Akibat Didera, Ibu & Ayah Tiri Direman

Feature 3 2 E1612000372991

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita digemparkan dengan kes seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun yang maut disyaki akibat didera oleh ibu kandung dan ayah tirinya, lapor Harian Metro.



Namun, menurut Astro AWANI, pasangan suami isteri tersebut telah direman oleh pihak polis selama tujuh hari. Difahamkan, mereka yang masing-masing berumur 32 tahun dan 38 tahun itu direman bermula hari ini untuk membantu siasatan kes tersebut.

Dera 5 1 1

Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman iaitu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka mengatakan, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh telah mengeluarkan perintah reman tersebut.

Sebelum ini, mangsa dikatakan telah lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumahnya sebelum pihak polis mendapati terdapat kecederaan dan kesan lebam di badan kanak-kanak itu.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Dera 2

Difahamkan, mangsa sebelum ini tinggal bersama keluarga angkat di Rawang, Selangor sejak berusia dua bulan sebelum diserahkan semula kepada ibu kandungnya tahun lalu.

Menurut ibu angkatnya, dia hanya mengetahui tentang perkara tersebut setelah dihubungi pengasuh kanak-kanak itu.

Rata-rata netizen turut bersedih dan bersimpati dengan kejadian menyayat hati yang menimpa kanak-kanak terbabit.

Dera Anak

Sebaknya baca kisah adik ni. Semoga yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan dan dapat hukuman yang setimpal. 

Baca: “Kalau kena rogol jangan salahkan kitaorang” – Kanak-kanak Lari Rumah Sebab Dakwa Kena Dera Dihantar Semula Ke Ibu Bapa 

Dera

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.