Baru-baru ini, tular video menunjukkan perbualan seorang lelaki yang menemui seorang kanak-kanak perempuan berbasikal sendirian di Taipan, Shah Alam pada 9 Januari lalu.
Dalam video tersebut, kanak-kanak berusia 9 tahun itu mendakwa dia telah didera dan sering dimarahi ibu bapanya. Kerana tak tahan, dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah.
Dikatakan juga, ibu bapa kanak-kanak ini benarkan dia untuk lari dari rumah serta turut menghantar dia turun dari rumah.
Ibu bapa ada pesan, kalau kena rogol jangan salahkan mereka dan kalau hilang, mereka akan lapor polis.”
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitendan Ramsay Anak Embol telah mengesahkan penemuan kanak-kanak tersebut, lapor Harian Metro.
“Sekitar jam 6 petang, kanak-kanak perempuan itu diserahkan kepada Polis Bantuan SP Setia seterusnya dibawa ke Balai Polis Setia Alam. Kanak-kanak perempuan itu membawa beg pakaiannya dengan menaiki basikal.
“Siasatan awal mendapati tiada kesan penderaan pada tubuh kanak-kanak itu. Dia diserahkan kembali kepada ibu bapanya yang hadir ke balai pada 6.45 petang.”
Ramsay turut berkata, ibu bapa kanak-kanak tersebut turut membuat laporan polis ekoran video tular itu dan pihak berkuasa akan membuat siasatan lanjut serta individu yang membuat rakaman akan turut dipanggil untuk membantu siasatan.
Pun begitu, lelaki yang merakamkan video terbabit mengakui yang dia tak tahu sejauh mana kebenaran cerita kanak-kanak itu.
Harapnya semua baik-baik je lah…
Baca: “Kena pukul sampai lari rumah” – Kisah Sedih Adik Ini Tidur Tepi Jalan Buat Netizen Sedih